Sample Text Link

Wednesday, December 31, 2014
0 comments

YANG SEMPURNAKANKU - BAB 5

2:05 AM
BAB 5

SUDAH hampir seminggu peristiwa itu berlaku. Selama itulah Idlan tidak menghubungi Nia Amanina. Selama itu jugalah Nia Amanina terpaksa menaiki teksi untuk ke pejabatnya. Laungan azan maghrib yang sayup-sayup berkumandang membuatkan hati Nia Amanina berasa tenang.  Nia Amanina lantas menuju ke bilik air untuk mandi. Seharian dia keluar bersama Maria menonton wayang dan membeli barang-barang keperluan yang sudah habis. Nasib baik rakannya itu mahu membantunya.

Setelah selesai memakai pakaian tidur separas peha, niatnya untuk menonton televisyen terbantut apabila melihat ruang tamu yang tidak berkemas. Majalah tidak bersusun di atas meja dan kedudukan meja ruang tamu yang agak senget dari kedudukan asal. Seminggu ni dia memang sibuk dengan kerjanya, menyebabkan dia sering balik malam. Bila dah sampai rumah, niatnya hanya untuk berehat dan tidur sahaja. Keadaan rumah yang  tidak kemas dibiarkan sahaja. Baru sahaja dia ingin mengemas, bunyi ketukan di pintu membuatkan dia berhenti daripada menyusun majalah itu. Dia lantas berjalan untuk membuka pintu.

Nia Amanina terpaku apabila sesusuk tubuh yang amat dikenalinya berada di hadapannya kini.
“Idlan” hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.

“Nia, I’m sorry” Ucap Idlan seraya memeluk gadis di hadapannya. Nia Amanina membalas pelukan lelaki itu. Dia amat merindui lelaki itu setelah panggilannya tidak berjawab. Dia tahu lelaki itu memang betul-betul marah akibat penolakannya tempoh hari.  

“Boleh I masuk?” tanya Idlan.

“Masuklah. I buatkan air untuk you ye” Balas Nia Amanina dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.

I really miss you, Nia” Idlan mencium pipi Nia Amanina. Nia Amanina terpaku dengan perbuatan Idlan. Lantas dia menyuruh Idlan duduk di sofa sementara dia ke dapur untuk membuat minuman. Idlan hanya memerhati lenggok gadis itu yang berpakaian tidur separas peha. Dia tersenyum sendiri. Nafsu lelakinya mula bergelora.

“Nah, air you” Nia memberikan mug yang dipegangnya kepada Idlan. Dia lantas duduk di sebelah lelaki itu. Idlan menghirup air itu dan kemudian meletakkan mug itu di meja. Dia memandang Nia Amanina.

“Sayang, I really miss you” ucap Idlan perlahan.

I pun sama. Tapi..” Nia Amanina tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila bibir Idlan mencium bibirnya. Nia Amanina terkedu. Tangan Idlan mula meneroka pehanya yang terdedah.

“Id.. please” Nia Amanina cuba merungkai pelukan Idlan.

You ni tak sporting la….” Idlan cuba untuk bertindak lebih daripada itu. Nia Amanina lantas bangun dan menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Idlan dengan pantas merentap lengan Nia Amanina menyebabkan dia terjatuh lalu terbaring di sofa.

“Id!!! Stop it!!” Nia Amanina menjerit semahunya. Dadanya berombak kuat apabila Idlan sudah berada di atasnya. Dia dapat mengagak apa yang bakal terjadi. Dia tidak mahu diperlakukan sebegitu.Melihatkan gadis itu meronta-ronta, Idlan lantas menampar pipi gadis itu.

“Kau ni kenapa ha??” Idlan mencengkam pipi gadis itu dengan kasar.

“Macam-macam aku dah bagi kat kau. Sekarang bila aku nak, ko tolak pulak? Dasar perempuan tak guna!” Idlan dengan pantas merentap baju yang dipakai oleh Nia Amanina sehingga terdedah sebahagian dada gadis itu. 

Nia Amanina hanya mampu menangis. Dia cuba menolak tubuh lelaki itu dengan tangannya apabila lelaki itu dengan rakus mencium dadanya. Namun kudratnya yang lemah tidak mampu untuk menolak lalaki itu. Kakinya yang masih bebas bergerak cuba untuk menendang lelaki itu. Akhirnya cubaannya mengena apabila lututnya berjaya menendang perut Idlan. Nia Amanina pantas berlari menuju ke biliknya.

“Kurang ajar!! Nia!!” Idlan berlari mendapatkan gadis itu. Dia bagai dirasuk apabila hajatnya tidak tercapai. Belum pun sempat Nia Amanina menutup pintu biliknya, Idlan dengan kasar menendang pintu tersebut menyebabkan Nia Amanina tersungkur dan belakang kepalanya terhantuk ke dinding. Idlan kemudian menarik Nia Amanina ke katil dan menampar gadis itu beberapa kali. Nia Amanina berasa sakit apabila diperlakukan begitu. Pipinya yang ditampar teras perit dan pedih.

“Ya Allah!” Hanya itu yang mampu diucapkan olehnya saat Idlan ingin mencium bibirnya. Pipinya sudah basah dengan air mata. Kudratnya semakin lemah untuk menolak tubuh lelaki itu.

“Owh, sekarang you dah pandai sebut perkataan Allah” sinis kata-kata Idlan. Dia lantas berhenti dari niatnya untuk mencium Nia Amanina. Idlan bangun dan mencekak pinggang. Nia Amanina terbaring lesu. Melihatkan gadis itu, Idlan lantas mencengkam pipi Nia Amanina.

“Esok aku nak kau berambus dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka kau lagi!” Idlan melepaskan cengkamannya. Ya Allah.. Nia Amanina merintih. Idlan lantas keluar dari rumah itu. Nia Amanina menangis semahunya. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana dia masih lagi suci.

Dengan air mata yang masih mengalir di pipinya, dia lantas mengemaskan baju-bajunya dan meletakkan di dalam beg roda. Niatnya hanya mahu keluar dari rumah itu malam ini juga. Dia sudah tidak sanggup diperlakukan sebegitu oleh Idlan. Setelah mengemas semua pakaiannya, Nia Amanina menyalin bajunya dan menyarung sweater. Dia lantas menarik beg roda itu ke ruang tamu. Ketika dia berhenti di ruang tamu, hatinya berasa sebak melihat keadaan ruang tamu yang berselerak akibat perbuatan lelaki itu tadi. Dia tidak sanggup lagi untuk melihat keadaan itu. Lantas dia keluar dari rumah itu dan meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki pintu tersebut.

Dia berjalan menuju ke perhentian teksi. Dalam hatinya hanya mahu lari daripada lelaki itu. Dia cuba menghubungi Maria, namun panggilannya tidak diangkat. Sedang dia berjalan, matanya terancap pada sebuah masjid yang berada berhampiran dengan kawasan perumahan berhadapan dengan jalan raya. Hatinya berbelah bahagi, sama ada mahu berteduh di masjid itu atau mahu menunggu teksi. Dia melihat jam tangannya. Dah pukul 9 lebih. Malam-malam macam ni agak susah nak dapat teksi. Nia Amanina menghela nafas. Dengan perlahan, dia melangkah menyeberangi jalan raya dan menuju ke masjid itu.

Ketika sampai di masjid, dia masuk di tempat ruaang solat wanita dan terlihat seorang perempuan yang sedang melipat telekung. Nia Amanina Lantas duduk di penjuru sudut membelakangi wanita itu untuk melepaskan penatnya.

“Anak ni nak pergi mana?” Tanya wanita itu apabila melihat beg roda gadis itu.

“Err.. Saya..” Nia Amanina berasa sebak. Dia tidak mampu untuk meneruskan ayatnya. Wajahnya ditundukkan sedikit. Dia tidak mahu wanita itu melihat wajahnya yang luka. Melihatkan gadis itu mula mengalirkan air mata, Puan Jasmin lantas memegang lembut bahu Nia Amanina. Dia melihat terdapat luka di bibir gadis itu dan kesan lebam di pipinya.

“Astaghfirullah” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Puan Jasmin.

“Kenapa dengan muka kamu ni? Siapa yang pukul kamu?” tanya Puan Jasmin. Nia Amanina hanya mendiamkan diri.

“Tak apalah, malam ni tidur rumah makcik. Bahaya sorang-sorang waktu malam-malam ni” pujuk Puan Jasmin. Walaupun dalam hatinya ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada gadis itu, namun dia hanya mampu menyembunyikan perasaannya itu memandangkan gadis itu tidak mahu bercerita.

“Tak apalah makcik. Saya boleh tidur kat sini” Nia Amanina menolak perlawaan wanita itu. Dia tidak mahu terhutang budi dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Hish, kamu tu anak dara. Tak elok tidur kat masjid ni sorang-sorang. Sekarang ni macam-macam boleh jadi” Puan Jasmin cuba menasihatkan gadis itu.

“Kejap lagi anak makcik sampai. Kamu tidur rumah makcik ye. Kalau esok kamu nak pergi, kamu pergilah. Tapi malam ni tumpang la kat rumah makcik dulu” pujuk Puan Jasmin lagi.

“Jom” Puan Jasmin memegang tangan Nia Amaninan. Nia Amanina mengekori langkah Puan Jasmin. Dia melihat sebuah kereta proton Preve putih bergerak ke arahnya.

“Kenapa lambat sangat? Mama dah lama tunggu.” Puan Jasmin bertanya kepada Adam Lutfi. Nia Amanina yang berada di sebelahnya hanya diam seribu bahasa.

Sorry, ma. Zack ajak minum. Tu yang lambat sikit” balas Adam Lutfi. Dia keluar dari keretanya apabila melihat seseorang berdiri bersebelahan dengan mamanya.

“Nia?” Adam Lutfi memanggil. Nia Amanina yang sedari tadi hanya tunduk, mengangkat mukanya. Dia terkejut apabila melihat lelaki yang pernah menolongnya berada di hadapannya.

“Encik Adam..” Ucap Nia Amanina apabila terpandang wajah lelaki itu.

“Adam kenal ke dengan dia ni?” Tanya Puan Jasmin ingin tahu.

“Adam pernah tolong hantar dia pergi office, ma” jawab Adam Lutfi. Dalam hatinya terdetik perasaan ingin tahu apabila melihat bibir gadis itu luka.

“Dah, jom masuk. Apa-apa hal pun, kita balik rumah dulu. Nanti dekat rumah kita sembang. Jom masuk kereta, err siapa nama kamu tadi?” tanya Puan Jasmin.

“Nia, makcik. Nia Amanina.” Balas Nia Amanina. Rambutnya yang terjuntai sedikit dikuak ke telinganya.

“Ha, Nia, jom kita balik rumah makcik” Puan Jasmin mengarahkan Nia Amanina masuk ke dalam kereta. Mereka bergerak pulang ke rumah.
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top