Sample Text Link

Saturday, November 9, 2013
0 comments

Kenapa Tuhan Tak Makbulkan Doa Kita??

8:21 PM
Siapa cakap Allah tak makbulkan doa kita??

Kalau ada terlintas kat hati korang yang Allah tak makbulkan doa kita, baik korang tarik balik. *insaf*

Sebenarnya Allah Maha Memperkenankan doa hamba-Nya.
Tapi macam mana?
.
.
.
Apabila kita mentaati segala suruhan-Nya.

Situasi ni sama je dengan kehidupan seharian kita.

Aku ambil satu contoh yang simple je. Waktu kita kecik-kecik, mesti kita suka dan nak beli barang mainan kan. Kalau tak dapat tu, kompom melalak dan menangis sakan. Time kita kecik, bila kita nak barang mainan, mesti kita akan pujuk mak ayah kita supaya belikan barang mainan untuk kita kan. Selagi tak dapat, selagi tu la kita akan pujuk. Hati mak ayah mana yang tak tersentuh melihat anaknya menangis-nangis nak barang mainan. Lama-lama walaupun geram, nak tak nak diorang belikan jugak untuk kita walaupun mungkin bukan time tu jugak.

Sama juga dengan situasi ketika kita memohon sesuatu kepada Allah. Allah pasti akan memakbulkan doa dan hajat hamba-Nya yang istiqamah memohon kepada-Nya.

"Tapi, kenapa Allah lambat memakbulkan doa kita?" - (ayat yang aku pernah terdetik dalam hati).

Sebelum kita tanya soalan tu, cuba kita check balik diri kita. Adakah kita betul-betul buat segala yang Allah suruh?

So, sipa kita untuk mempertikai urusan Allah sedangkan kita sendiri dalam tak sedar melakukan suruhan Allah dengan sambil lewa.

Yup, memang kita solat 5 waktu. Tapi cuba ingat balik, adakah kita melakukan solat yang wajib tu di awal waktu ataupun di akhir waktu? Mana satu yang kita dahulukan dalam kehidupan seharian kita? Allah ataupun urusan duniawi??

Jadi, bagaimana Allah nak makbulkan doa kita dalam waktu yang singkat sedangkan kita sendiri melengah-lengahkan permintaan Dia?

Kira fair and square la kan.. Jadi, kenapa kita perlu mempersoalkan lambat atau cepat termakbulnya doa kita?

Mungkin ada sesetengah tu, Allah makbulkan doa dia dalam waktu yang singkat. Kebiasaannya adalah disebabkan dia menjaga hubungan dia dengan Allah.

Ada juga yang Allah makbulkan doa seseorang tu setelah bertahun-tahun memohon kepada-Nya.
Sebab,
Allah akan tunaikan hajat kita pada waktu yang tepat yang hanya Allah sahaja yang tahu masa dan ketikanya, bukan pada waktu yang kita nak.

Sebenarnya dalam kita tak sedar, Allah telah makbulkan doa kita dalam pelbagai cara. Cuma kita yang tak nampak dan tak tahu. Biasanya, setiap doa yang kita minta kepada Allah, Allah akan memakbulkan dalam 3 pemberian-Nya.

1. Allah bagi ketenangan pada kita. Belum pun kita habis berdoa, Allah telah memberi ketenangan dalam hati kita. Perasan tak kita semua, lepas kita habis je berdoa, kita akan rasa tenang je.. Rasa lega.. Itulah salah satu tanda pemberian Allah.

2. Allah akan kurniakan kepada kita ilham-ilham dan jalan-jalan keluar untuk kita mendapatkan apa yang kita nak. Allah akan lorongkan kita kepada perkara yang kita nak. Allah kan memudahkan segala urusan kita. Allah bagi dalam bentuk indirect. Macam, kalau kita nak makan ikan, Allah bagi pancing untuk kita dapatkan ikan. Lebih kurang macam tu la.

3. Allah akan berikan kejayaan, hasil daripada usaha-usaha kita. Setiap sesuatu yang kita inginkan perlu diiringi dengan usaha. Bukan dengan menadah tangan berdoa sahaja. Contohnya, kita ingin berubah untuk menjadi baik. Hanya dengan berdoa sahaja tapi masih lagi melakukan perkara-perkara yang dilarang, tak kan mengubah kita untuk menjadi baik. Kerana kita tidak berusaha untuk menjadi baik. Tidak berusaha untuk menjauhi larangan-Nya.

Ramai orang lupa (termasuk aku) yang kita ni hidup di dunia. Dunia hanya tempat untuk kita mengumpul segala amalan kita. Sekarang ni kita bukan duduk di syurga, semua yang kita nak inginkan dapat termakbul sekelip mata. Ingat, kita hidup di dunia.

Jadi, jangan sia-siakan peluang untuk memohon terus kepada Allah. Yakinlah, Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kerana Allah sebaik-baik tempat meminta.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top