Sample Text Link

Sunday, February 23, 2014
0 comments

Hukum Memakai Pakaian Bergambar Ketika Solat

9:30 PM
Assalamualaikum.

Ada seseorang pernah tegur aku, jangan beli tudung corak rama-rama, tak boleh buat sembahyang katanya. Aku agak hairan sebab selama aku belajar agama (walaupun tak mendalami), aku tak pernah dengar pulak benda ni jadi isu. 

(Sekadar gambar hiasan)


Akak ofis aku ada tanya sorang ustaz yang kerja kat bahagian umrah berkenaan dengan hukum memakai pakaian yang bergambar binatang ketika solat. Ustaz tu cakap tak ada masalah nak pakai tapi jangan sampai keterlaluan, which is yang boleh mendatangkan fitnah.

Then, aku still try cari sumbar yang boleh dipercayai untuk bertanyakan tentang hal ni walaupun memang aku yakin pakaian bergambar ni boleh buat solat. 

Dan aku terbaca artikel dari Ustaz Don berkaitan dengan benda ni dekat FB dia. Sebab ada orang tanya dia tentang hukum memakai pakaian yang bergambar ketika solat.

So, jawapannya HARUS (selagi mana gambar itu tidak mengganggu dan mendatangkan fitnah). Meh sini aku terangkan. Korang mesti pernah pakai baju Langkawi yang ada gambar burung helang atau baju Terengganu yang ada gambar penyu sekoq yang melambangkan keunikan sesebuah negeri tu. Korang akan nampak benda tu biasa je. Tak ada siapa yang buat-buat terkejut. Orang tak terganggu pun. Pakaian tu dibolehkan dalam solat, which is HARUS hukumnya.

Tapi tiba-tiba ada seorang yang pakai baju bergambar tengkorak. Dalam kepala otak kita mesti ada rasa pelik, mata kita dah pandang semacam je. Orang tu biar betul, takkan nak solat pun pakai baju gambar tengkorak kot! Mesti hati kita dah cakap macam-macam. Yang ni dah kira mengganggu dan boleh mendatangkan fitnah. Orang boleh cakap macam-macam. So, kalau yang boleh mengganggu ni seeloknya kita elakkan. Sebab hukumnya MAKRUH. Sebab kita dah buat orang lain fikir macam-macam pasal kita.

Kalau kita pakai baju yang melambangkan sesuatu sentiment, seperti lambang Black Metal, dadah, arak atau botol arak dah sah-sah jatuh hukum HARAM. Dah berdosa. Bukan setakat masa solat, tapi masa di luar solat juga tak boleh pakai. Sebab, kita dah tau benda tu haram, yang korang still pakai tu kenapa? 


Aku ambik petikan daripada kata-kata Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-

الصور الشمسية (الفوتوغرافية) والصور المرسومة أو المطبوعة على الملابس الأصل فيها الإباحة، ما لم يشتمل موضوع الصورة على محرم، كتقديس صاحبها تقديسا دينيا، أو تعظيمه تعظيما دنيويا، وخاصة إذا كان المعظم من أهل الكفر والفساق كالوثنيين والشيوعيين والفنانين المنحرفين .انتهى

"Gambar (photografi), lukisan, cetakan keatas pakaian pada asalnya adalah harus, tidak termasuk didalammya gambar perkara-perkara yang haram, seperti mensucikan (memuliakan) sesuatu kumpulan atau mensucikan (memuliakan) agamanya, atau membesarkan kebesaran agama, lebih-lebih lagi yang dibesarkan adalah ahli-ahli kufar dan fasik seperti penyembah berhala, komunis dan artis-artis yang sesat."

Yang tu hukum memakai pakaian bergambar ketika solat. 

Tapi, apa hukum solatnya pulak? Hukumnya, ulama mengatakan SAH solatnya. Walaupun dia memakai pakaian yang HARAM, tapi selagi cukup syarat sah solat, cukup syarat wajib solat, betul rukun-rukun dalam solat, solatnya tetap SAH. Cuma dia mendapat dosa untuk pakaian yang haram dia pakai la.

Just some advise especially for me and you all, be respect to Allah. Kalau kita kerja, kita boleh pakai formal, pakai tali leher, pakai baju kemeja siap iron bagai. Tak kan lah bila nak solat, kita main redah je kot. Cuba bayangkan kalau Kaka main bola tak pakai jersi negara dia, korang yang sokong Kaka kompom kutuk dia habis-habis. See, sama jugak dengan kita. Tak salah pun nak pakai pakaian yang bercorak or bergambar asalkan gambar tu tidak mengganggu atau menimbulkan fitnah pada mata orang lain. Ok?




Aku ambik sikit kata-kata Ustaz Don ni: 
'Kalau kita sayang dan hormat Allah, Allah akan sayang kita dan bagi orang lain hormat kita'




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top