Sample Text Link

Wednesday, December 31, 2014
0 comments

YANG SEMPURNAKANKU - BAB 4

1:57 AM
BAB 4

USAI solat maghrib, Adam Lutfi melipat sejadah dan menyidai di kerusi bersebelahan katil. Dia kemudian duduk di tepi katil sambil meletakkan songkok yang dipakainya di sisi. Ingatannya tertumpu pada kejadian pagi tadi. Dia tersenyum sendiri. Kelakar juga ketika dia melihat gadis yang ditumpanginya berjalan dengan selipar miliknya masuk ke dalam bangunan. Saiz seliparnya memang besar jika hendak dibandingkan dengan kaki gadis itu.

Adam Lutfi mencapai telefon bimbitnya. Dia membelek sesuatu. Matanya terancap pada satu gambar yang tak pernah dilupakan. Gambar dia bersama seorang perempuan yang manis bertudung. Adam Lutfi tersenyum pahit. Hatinya bagai disiat-siat mengingatkan kenangan lalu bersama gadis itu.

Ingatannya terimbau pada pergaduhannya dengan gadis yang amat dicintainya dulu.

"Alissa, we need to talk.” Adam Lutfi cuba memujuk gadis itu.

“Nak bincang apa lagi? I memang tak ada hati dekat you. So, jangan ganggu I lagi” Alissa menjawab dengan kasar. Dia malas untuk berbual lama dengan lelaki itu.

“Lissa, after 4 years kita bersama, tak kan la tak ada sekelumit perasaan sayang you dekat I? Lagipun dulu kan kita dah plan nak tunang” Adam Lutfi inginkan kepastian. Dia yang terkejut mendapat berita bahawa Alissa tidak akan pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya lantas cuba untuk menghubunginya. Jawapan yang diberikan kepadanya sangat menghampakan.

“Tunang?” Tanya gadis itu dengan sinis.

“Adam. Tolonglah. Dah banyak kali I bagitau you yang I takkan balik Malaysia. I nak build my career kat sini. Kenapa you tak faham-faham lagi?!” bentak gadis itu.

“Takkan la kat Malaysia you tak boleh kembangkan career you? You tak fikir ke perasaan parents you?” keras pertanyaan Adam Lutfi. Dia tidak menyangka gadis yang lemah lembut dan sopan santun itu telah berubah sikapnya. Tiada lagi kata-kata sopan, tiada lagi tawa yang gemersik. Yang didengari hanyalah bentakan suara yang kasar.

My parents pun tak sibuk-sibuk pasal I, kenapa you pulak nak sibuk?” tengking Alissa.

Why? Ke sebab you dah ada lelaki lain? Sebab tu you buat alasan macam-macam dan  mintak putus dengan I?” teka Adam Lutfi geram.

Yup! I’ve got someone better than you. So, leave me!” Gadis itu kemudian mematikan talian. Adam Lutfi menghempaskan telefon bimbitnya di katil. Dia berasa marah dengan tindakan Alissa yang dirasakan sangat melampau. Itulah kali terakhir dia menghubungi gadis itu. Selepas peristiwa itu, Alissa block semua akaun laman socialnya agar Adam Lutfi tidak dapat mencarinya lagi.

Masih segar di ingatan Adam Lutfi kisah pertemuan pertama mereka ketika mereka belajar di universiti. Ketika minggu orientasi, dia menjadi fasilitator dan Alissa merupakan pelajar baru. Adam Lutfi merupakan pelajar yang diminati ramai kerana dia sangat aktif dalam bola sepak. Ditambah lagi dengan rupanya yang kacak,memang membuatkan ramai gadis yang tergila-gilakannya.

Namun, hatinya sudah terpaut dengan kelembutan dan keayuan gadis itu. Alissa, gadis bertudung yang muslimah dan mempunyai sifat yang lemah lembut. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan jatuh hati pada gadis yang alim. Dia kagum dan hormat dengan pendirian gadis itu yang sentiasa menjaga batas pergaulan mereka ketika keluar bersama, pandai menjaga diri dan sentiasa mengingatkan dia tentang solat.

Alissa masih lagi menuntut di universiti itu setelah Adam Lutfi menamatkan pengajian ijazahnya. Dia mula bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta. Hubungan mereka juga semakin rapat dan mendapat restu keluarga masing-masing.

Selepas 2 tahun, Alissa pula menamatkan ijazahnya dan mendapat tawaran untuk menyambung pengajian Master di Melbourne. Adam Lutfi mahukan ikatan pertunangan sebelum gadis itu ke luar negara. Disebabkan Alissa mahu ikatan itu setelah dia menamatkan pengajian masternya, Adam Lutfi sanggup menunggu untuk dua tahun lagi.  Untuk mengubat rindunya pada Alissa, Adam Lutfi selalu menghubungi gadis itu melalui skype. Ada juga sekali dia pergi ke Melbourne semata-mata untuk menyambut hari lahir kekasih hatinya itu.

Namun, segalanya berubah apabila dia menghubungi ibu Alissa bertanyakan bila Alissa akan pulang ke Malaysia, dan ibunya memberitahu yang Alissa tidak akan pulang semuala ke tanah air. Dan dia menghubungi menghubungi Alissa untuk mengetahui perkara sebenar. Baginya, mudah sungguh perempuan sealim itu berubah setelah duduk di negara orang. Hipokrit!

***********************

“ADAM” Panggilan Puan Jasmin mematikan lamunan Adam Lutfi.
“Eh, mama. Mama balik dengan siapa?” Tanya Adam Lutfi setelah melihat mamanya di muka pintu.
“Mama balik dengan Aunty Salmah. Kebetulan suami dia bawak kereta malam ni, tu yang mama tumpang dia je. Nak call Adam, handphone mama tertinggal kat rumah” jawab Puan Jasmin yang baru sahaja pulang dari masjid.
Sorry, ma. Adam tak sedar dah pukul sembilan lebih” Adam Lutfi menggaru rambutnya yang tidak gatal.
“Aik. Tak kan la tak sedar kot. Mengelamun ke?” teka Puan jasmin.
“Adam, dah la. Jangan dikenang lagi benda yang dah lepas” Puan jasmin cuba memujuk anak bongsunya. Adam Lutfi merupakan anaknya yang kedua. Anak sulungnya sudah pun berumah tangga. Manakala anaknya yang bongsu masih belajar di matrikulasi. Jarak antara Adam lutfi dan adiknya itu agak jauh. Hanya dia dan Adam Lutfi sahaja yang tinggal di rumah teres dua  tingkat peninggalan arwah suaminya itu.
“Entah la, ma. Adam susah nak lupakan dia. Adam tak sangka dia boleh berubah macam tu sekali” luah Adam Lutfi.
“Adam, dah setengah tahun benda ni jadi. Mama tahu Adam kuat. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk Adam. Adam kena ingat yang jodoh, ajal maut tu semua ketentuan ALLAH” pujuk Puan Jasmin.
“Dasar perempuan hipokrit! Luar nampak alim, tapi tak sangka hati dia..” belum sempat Adam Lutfi menghabiskan ayatnya, Puan Jasmin lantas memotong.
“Adam! Tak baik cakap macam tu. Cubalah terima kenyataan” pintas Puan Jasmin sambil memegang bahu anaknya.
“Entah la, ma. Adam sayang sangat dengan Lissa. Tapi, Adam sendiri tak sangka dia boleh berubah macam tu sekali.” Balas Adam Lutfi perlahan. Ada nada sayu melalui bicara anak lelakinya itu.
“Adam dah cuba lupakan dia. Tapi susah, ma. Banyak kenangan Adam dengan dia. Makin lama, hati Adam ni makin sakit sangat bila teringat perbuatan dia kat Adam” keras nada Adam Lutfi ketika itu.
“Adam, manusia ni boleh berubah. Semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mungkin sekarang kita tak nampak lagi apa yang Allah nak bagi, tapi satu hari nanti kita akan nampak hikmah disebalik semua yang terjadi” lembut Puan jasmine memberikan nasihat kepada anak terunanya yang sudah menjangkau usia 29 tahun. Adam Lutfi tersenyum nipis. Walaupun pahit apa yang dikatakan oleh mamanya, namun memang ada kebenarannya. Dia harus menerima semua yang terjadi dengan redha.
“Dah lah. Kamu tu solat isyak terus. Lepas tu kita makan sama-sama. Mama nak siapkan makanan dulu” Puan Jasmin melangkah keluar dari bilik anaknya. Adam Lutfi hanya mengekori langkah mamanya dengan pandangan mata. Puan Jasmin tidak menafikan gadis itu banyak mengubah anaknya yang dulu agak susah untuk menunaikan kewajipannya pada Yang Esa. Dia akui dulu dia juga berkenan dengan gadis itu apabila Adam Lutfi mengenalkan gadis itu kepadanya. Sikapnya yang menghormati orang tua dan lembut ketika berbicara. Puan Jasmin mengeluh nipis.  

*******************

Adam Lutfi menonton televisyen setelah selesai makan malam. Asyik betul dia menonton cerita aksi di kaca tv. Memang itu minatnya. Dia memang sukakan cerita-cerita aksi dan penyiasatan. Sedang dia leka menonton, Puan Jasmin datang dan duduk di sofa bertentangan dengannya.

“Khusuknya tengok tv” tegur Puan Jasmin.

“Hehe, mama. Best tau cerita ni, ma” jawab Adam Lutfi tanpa memandang wajah Puan Jasmin.

“Adam, Kak Long kamu tu dah lama tak balik Malaysia kan. Dia marahkan mama lagi ke?” Puan jasmine bertanya.

“Kenapa tiba-tiba mama tanya pasal kak long ni?” Pertanyaan mamanya itu dibalas pertanyaannya. Dia memandang wajah mamanya yang kelihatan sedikit muram.

“Entah lah. Mungkin mama rindukan kak long kot” Puan Jasmin tersenyum memandang anaknya, dia cuba menyembunyikan riak duka di wajahnya.

“Kak Long tak patut nak marahkan mama.” Balas Adam Lutfi.

“Masa ayah kamu meninggal dulu, dia tak balik pun. Kalau marahkan mama sangat pun, janganlah sampai tak nak tengok wajah papa untuk kali terakhir” Puan jasmin tidak dapat menahan sebak mengingatkan peristiwa lama.

Azzura merupakan anak sulungnya yang kini sudah berkahwin dengan lelaki mat saleh. Memang Puan Jasmin dan suaminya tidak merestui perhubungan anak perempuannya dengan lelaki itu. Namun, anak gadisnya berkeras juga mahu berkahwin dengan lelaki itu sehingga sanggup kahwin di negara lelaki itu. Luluh hatinya apabila mengenangkan sikap anaknya yang sanggup membelakanginya.

“Adam ada jugak skype dengan kak long. Dia selalu jugak tanya khabar mama” balas Adam Lutfi untuk memujuk mamanya. Dulu selalu juga dia  berhubung dengan kakaknya memalui skype. Tapi sekarang, disebabkan kesibukan kerja, dia sudah jarang menghubungi kakaknya. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu mamanya keadaan kakaknya yang berada di Canada sekarang.

Lelaki yang dikahwininya seorang yang panas baran dan selalu memukul kakaknya. Walaupun suami kakaknya sudah memeluk islam, namun kehidupannya masih lagi berlandaskan agama asalnya. Ketika dia mabuk, kakaknya yang menjadi mangsa pukulan lelaki itu.

“Kak long kamu sihat ke? Dia ada cakap apa-apa tak?” tanya Puan Jasmin ingin tahu.

“Last kak long hantar emel dekat Adam bulan lepas. Kak long sihat je. Dekat emel tu, dia bagitahu yang dia tengah tunggu hari nak bersalin” Jawab Adam Lutfi dengan senyuman.

“Mama dah jadi nenek la ni? Alhamdulillah. Mama selalu doakan kebahagiaan dia” jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah Puan Jasmin. Adam Lutfi tersenyum. Dia tahu mamanya sangat bersedih dengan keadaan keluarganya. Dia berharap agar satu hari nanti keluarganya dapat bersatu semula.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top