BAB 3
Pusat
membeli belah KLCC itu penuh dengan orang ramai. Nia Amanina berjalan menuju ke
arah sebuah kedai kasut. Idlan merangkul
pinggang Nia Amanina ketika mereka berjalan agar gadis itu tidak terpisah jauh.
“Nia,
janganlah jalan laju sangat” tegur Idlan.
“Eh,
biasa je I jalan” balas Nia Amanina dengan senyuman.
Tiba-tiba
bahunya terlanggar seseorang sehingga menyebabkan dia hampir-hampir terjatuh.
“Ya
Allah” terpacul sebutan itu dari mulut perempuan yang telah melanggar bahunya.
“Maaf,
awak. Saya tak sengaja” kata perempuan itu lagi. Nia Amanina memandang
perempuan yang berpurdah itu dengan senyuman kelat. Hanya matanya sahaja yang
kelihatan.
“Tak
apa, it’s ok” jawab Nia Amanina
seraya memberikan senyuman kepada gadis di hadaannya itu. Gadis itu lantas
menundukkan sedikit kepala tanda memohon maaf sekali lagi dan berjalan pantas.
“Ish
budak ni. Tu lah. Pakai sampai nak bungkus satu badan. Kan dah terlanggar orang
lain” marah Idlan setelah perempuan yang berpurdah itu pergi.
“Dia
tak sengaja la, you” pujuk Nia
Amanina. Ketika dia baru hendak melangkah, kakinya tersepak sesuatu.
“Eh,
buku siapa ni?” Nia Amanina lantas mengambil buku yang berada di kakinya.
“Mesti
buku perempuan tadi. Id, you nampak
tak dia pergi arah mana?” tanya Nia Amanina kepada Idlan apabila melihat tajuk
buku itu yang seakan-akan islamik. Matanya meliar melihat sekeliling mencari
perempuan itu.
“Entah.
Jalan laju sangat. Tau-tau je dah hilang” Balas Idlan acuh. Nia Amanina
mengeluh.
“Tak
apalah. I pegang dulu buku ni.
Manalah tau nanti terserempak dengan dia ke” ujar Nia Amanina.
“Jomlah.
Tadi kata nak beli kasut” Idlan lantas memaut pinggang Nia Amanina dan
berjalan.
Ketika
Nia Amanina baru keluar dari ladies room di pusat membeli belah itu, dia
ternampak sesusuk tubuh dari belakang yang berpakaian purdah.
“Awak”
sapa Nia Amanina ketika menghampiri gadis itu. Gadis itu lantas berpaling.
“Assalamualaikum,
Cik” Gadis itu memberi salam.
“Waalaikumsalam.
Ni buku awak ke?” Nia Amanina lantas menghulurkan buku itu kepada gadis di
hadapannya. Gadis itu mengambil buku itu.
“
Alhamdulillah. Terima kasih ye, awak. Tadi saya baru perasan yang buku ni
hilang. Puas saya cari tapi tak ingat tercicir kat mana” terang gadis itu.
“Tadi
masa kita berlanggar, buku awak terjatuh” balas Nia Amanina.
“Owh,
saya mintak maaf sebab terlanggar awak tadi. Saya nak cepat pergi surau tadi.
Maghrib dah nak habis. Tu yang jalan cepat je sampai tak nampak kiri kanan”
ujar gadis itu.
“Owh,
it’s ok. ” Balas Nia Amanina tersenyum
lantas berjalan ber. Baru beberapa langkah Nia Amanina berjalan, gadis itu
memanggilnya semula sambil berjalan ke arah Nia Amanina.
“Awak!”
panggil gadis berpurdah itu. Nia Amanina berpaling.
“Awak
ambillah buku ni. Tanda minta maaf sebab terlanggar awak tadi” Gadis itu
menghulurkan buku itu kepada Nia Amanina.
“Eh,
tak apalah. Saya tak ada apa-apa” Nia Amanina menolak lembut.
“Ambillah,
manalah tahu buku ni berguna untuk awak nanti” Gadis itu bersuara lembut. Nia
Amanina memandang sekilas buku bertajuk ‘Wanita Bidadari Syurga’ yang dihulur
oleh gadis itu. Dengan lambat Nia Amanina mengambil buku yang dihulurkan itu.
“Terima
kasih. By the way, I’m Nia” Nia
Amanina menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Saya
Farhana. Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum” Gadis itu beredar dari situ
setelah bersalam dengan Nia Amanina.
“Lama
betul you pergi toilet” Idlan berkata
apabila melihat Nia Amanina sudah berada di sisinya. Nia Amanina hanya
tersenyum lantas memaut tangan Idlan.
“Jom
kita balik” Nia Amanina lantas memaut tangan Idlan.
*******
KETIKA
tiba di apartment itu, Nia Amanina meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi
di tepi sofa ruang tamu. Idlan yang telah duduk di sofa itu lantas membuka
siaran televisyen.
Nia
Amanina membelek buku yang diberikan oleh perempuan tadi semasa di shopping
complex. Entah mengapa buku itu mencuit hatinya. Dia membuka satu persatu
helaian buku itu. Nia Amanina khusyuk membaca setiap baris ayat sehingga Idlan
yang berada di sebelahnya kehairanan.
“Nia”
panggil Idlan.
“Nia!”
Kali ini suaranya dikuatkan sedikit apabila panggilannya sebentar tadi tidak
bersahut.Nia Amanina yang baru tersedar dari pembacaannya lantas menoleh ke
arah Idlan.
“Id,
you nak air ke?” Tanya Nia Amanina dengan
senyuman yang terukir.
“Khusyuknya
you baca buku. Masa bila you beli buku ni? Seingat I kita tak masuk kedai buku
pun” bicara Idlan tanpa menjawab pertanyaan Nia Amanina. Dia lantas mengambil buku tersebut dari tangan Nia
Amanina.
“Owh,
ni buku perempuan yang I langgar tadi. Masa I jumpa dia kat toilet nak
pulangkan buku ni, dia bagi buku ni kat I” terang Nia Amanina.
“Hmm..
Perempuan Bidadari Syurga. Since when
you minat baca buku macam ni?” tanya Idlan sambil membelek-belek buku tersebut.
“No
la. I just tertarik dengan tajuk buku tu je. Tu yang I selak and baca
sikit-sikit” ujar Nia Amanina.
“Baca
sikit-sikit sampai tak dengar I panggil?” tanya Idlan dengan perasaan tidak
puas hati. Entah mengapa dia tidak suka gadis itu membaca buku-buku sebegitu.
Mungkin sebab buku tersebut merupakan buku yang berunsurkan agama.
“Dah
la. I nak pergi dapur. Nak buatkan
air untuk you” Nia Amanina bangun dan ingin melangkah ke dapur. Dia malas mahu
bertekak dengan lelaki itu. Belum pun sempat dia berjalan, Idlan terlebih dulu
menarik tangannya menyebabkan dia terduduk di sofa semula. Mereka berpandangan
untuk seketika. Nia Amanina dapat merasakan tangan Idlan mengelus lembut
rambutnya dan kemudian beralih memegang bahunya. Idlan lantas mengusap leher
gadis itu dengan penuh berahi. Gelora hatinya membuak-buak apatah lagi merasai
kehangatan tubuh Nia Amanina yang berada dalam rangkulannya kini. Dada Nia
Amanina bergetar kuat.
“Id.”
Nia Amanina cuba menyedarkan Idlan yang dirasakan sudah bertindak lebih.
Idlan
merapatkan bibirnya ke bibir Nia Amanina. Nia Amanina tidak sanggup lagi untuk
melihat perlakuan Idlan. Ketika bibir lelaki itu mahu menyentuh bibirnya, dia
lantas memalingkan mukanya menyebabkan ciuman lelaki itu hanya terkena pipinya.
Idlan mendengus kasar. Dilepaskan rangkulannya terhadap Nia Amanina.
“Kenapa
ni?” Tanya Idlan dengan nada yang hampa.
“I… I
pergi buatkan nescafe untuk you ye”
Nia Amanina lantas bangun dan berjalan menuju ke dapur.
Ketika
Nia Amanina sedang leka membancuh air nescafe, dia terkejut apabila merasa ada
tangan melingkar di pinggangnya. Dia lantas menoleh dan melihat Idlan sedang
memeluknya dari belakang.
“Id,
you buat apa ni?” Tanya Nia Amaninan.
Dadanya berdebar kuat apabila jari-jemari kasar lelaki itu mengelus lembut bahu
dan kemudian turun ke tangannya.
“I nak you” jawab Idlan lantas mendekatkan mukanya ke leher gadis itu.
Bibirnya mula meliar di tengkuk Nia Amanina. Tangannya mula bertindak nakal
dengan mengelus kasar bahagian dada gadis itu. Nia Amanina cuba menolak tubuh
Idlan. Semakin kuat dia meronta, semakin kuat rangkulan Idlan. Dia mendengar
jelas nafas Idlan yang semakin buas.
“Id,
please. I tak nak you buat macam ni” Nia Amanina sedaya
upaya menolak dada lelaki itu.
“You ni kenapa?! Sebelum ni you tak pernah pun macam ni” marah Idlan
apabila perbuatannya ditolak gadis itu.
“I tak tahu. Yang I tahu I tak nak you buat I macam ni” jawab Nia Amanina. Dadanya masih lagi berombak.
“I buat apa kat you?!” Idlan tersenyum
sinis.
“I tak sentuh you lebih-lebih pun kan. Dulu you
tak kisah pun I sentuh you macam ni. Kenapa sekarang you kesah pulak?! Ke you dah ada lelaki lain?” Pandangan mata
Idlan tepat ke arah matanya. Dia tidak sanggup untuk bertentang mata dengan
lelaki itu kerana dia tahu lelaki itu sedang marah. Inilah kali pertama dia
melihat Idlan begitu marah. Sebelum ini, walaupun Idlan marah, tapi dia tidak
sebengis seperti sekarang.
“Id,
I tak pernah ada lelaki lain selain you!” balas Nia Amanina tegas.
“Habis
tu, kenapa you tak nak bila I nak peluk you?” Idlan bertanya tegas.
“Kita
dah banyak buat dosa, Id” sambung Nia Amanina dengan nada sayu. Dia sendiri
tidak sedar yang dia boleh memberikan jawapan sebegitu. Idlan ketawa. Dia
lantas mencengkam pipi Nia Amanina. Nia Amanina berasa sakit dan memegang tangan
Idlan agar melepaskannya.
“Sejak
bila you kesah pasal dosa ni? Hei,
tak kan sebab you baca sikit buku tadi, you dah rasa insaf?” Tanya Idlan dengan
nada sombong. Lidah Nia Amanina kelu untuk menjawab soalan lelaki itu. Air
matanya sudah mula mengalir di pipinya.Melihatkan air mata gadis itu menitis,
Idlan lantas melepaskan cengkaman di pipi gadis itu. Dia tidak suka melihat
gadis yang dicintainya menangis. Idlan lantas memalingkan badannya membelakangi
Nia Amanina. Dia mendengus marah. Keadan ketika itu sunyi seketika. Hanya
kedengaran suara di televisyen.
“Id,
kita kahwin” Nia Amanina memeluk Idlan dari belakang. Dia cuba untuk meredakan
kemarahan lelaki itu.
“Nia.
You tau kan I tak ready lagi nak
kahwin.” Idlan berkata dengan nada yang tegas sambil melonggarkan pelukan Nia
Amanina. Dia berpaling semula ke arah Nia Amanina dan memandang muka gadis itu.
“You tak sayangkan I ke?” Tanya Nia Amanina ingin tahu.
“I sayang you. Tapi I tak sedia nak
kahwin lagi.” Jawab Idlan dengan kasar.
“Tapi
kita…”
“Stop talking about marriage, Nia! Kita
muda lagi. Kita belum puas enjoy
pun.” Pintas Idlan dengan kasar lantas berjalan laju menuju ke ruang tamu. Nia
Amanina hanya mampu berdiri di situ. Kedengaran pintu ditutup dengan kasar
menandakan lelaki itu telah pun keluar dari rumah itu.
Nia
Amanina menangis semahunya mengenangkan nasibnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa
hatinya meronta-ronta menolak perlakuan lelaki itu tadi. Kalau dulu dia tidak
kisah dengan perbuatan Idlan, kenapa sekarang dia berasa tidak suka dengan
perbuatan lelaki itu?
0 comments:
Post a Comment