Sample Text Link

Saturday, March 1, 2014
5 comments

Lelaki dan Gelang Getah

11:00 PM
Assalamualaikum

Mesti korang tertanya-tanya apa kaitan antara lelaki dan gelang getah.


Well, secara umumnya, kita mengetahui lelaki merupakan kaum yang simple. Tapi ada ketikanya kita sendiri tidak boleh memahami kehendak mereka. Satu perkara yang kaum Hawa kena tahu adalah lelaki memang tidak suka dikongkong. 

Lelaki ni ibarat gelang getah. Gelang getah, kalau ditarik ia akan stretch hanya sampai pada satu tahap sahaja sebelum dia akan kembali ke bentuk asal. Kalau kita tarik gelang getah itu terlebih kuat, ia akan putus. 

Sebenarnya ini yang selalu terjadi dalam sesebuah perhubungan (lelaki & perempuan). Kadang kala perempuan itu sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba pasangannya seakan-akan menjauhkan diri tanpa sebarang alasan.

Perempuan kebiasaannya akan salah faham tindakan lelaki yang seakan-akan menjauhkan diri dari mereka. Sebab perempuan akan berbuat demikian apabila terjadi sesuatu perkara. Contohnya, perempuan tu bergaduh dengan pasangannya - perempuan itu akan menyepikan diri, tanda merajuk. 

Lelaki juga, sama seperti perempuan, akan menjauhkan diri kerana beberapa sebab. Faktor seperti pergaduhan dan perselisihan faham. Tapi, lelaki juga akan menjauhkan diri walaupun tiada apa-apa sebab. Ha, kat sini korang kena paham betul-betul. Lelaki tu memang sayang dan cintakan perempuan tu, tapi tiba-tiba dia mula menjauhkan diri. Seperti gelang getah, dia akan menjarakkan dirinya, dan dalam satu tempoh, dia akan kembali kepada normal.

Why?? 

Kerana lelaki memerlukan life dia sendiri. Sebagai perempuan, kita tak boleh terlalu mengongkong kebebasan lelaki. Biarkan dia ada life dia sendiri. Biarkan dia pergi jauh untuk seketika. Biarkan. Kerana lelaki itu dengan sendirinya akan kembali semula untuk mencari kita. Like a rubber band, they can stretch only so far before they come springing back! Kalau kita terlalu mengongkong dia, dia akan rasa lemas dan rimas. Hal ni untuk pasangan yang telah mempunyai ikatan dan pasangan yang serius dalam perhubungan. Untuk kes yang bertepuk sebelah tangan tu kes lain, k.

Kebiasaannya, kalau lelaki tu mula menyendiri atau bersikap dingin atau menjauhkan diri dari perempuan, perempuan mula rasa panik. Ni la tindakan normal perempuan. Perempuan tu akan tertanya-tanya sebab mengapa lelaki itu bersikap demikian. Macam-macam persoalan yang berlegar diminda korang sebagai perempuan. Korang mula la berfikir yang korang ada buat salah kat lelaki tu, dan mula menyalahkan diri korang. Sebenarnya tak salah tindakan tu, sebab secara normal perempuan nak membetulkan keadaan. Tapi, lagi korang cuba untuk mendekati lelaki itu dengan alasan untuk membetulkan keadaan, lagi la lelaki itu akan menjarakkan diri dari korang.

Seperti contoh:

Hawa : Hai sayang, macam mana kerja hari ni? - (ayat concern)
Adam : Biasa je
Hawa : You, kita tengok wayang malam ni nak? I nak tengok cerita Twilight la.
Adam : Lain kali la.
Hawa : Kenapa ni? Macam tak ada mood je.
Adam : Tak ada pape.
Hawa : You ok tak ni?
Adam : Ok je.
Hawa : Kalau ok, kenapa you macam nak tak nak je cakap? I ada buat salah kat you ke?

See, kebiasaannya perempuan tu dengan sendirinya akan fikir macam-macam padahal lelaki tu tak ada apa-apa pun. Lelaki ni jenis yang simple. Mereka tidak suka serabutkan kepala otak diorang dengan soalan-soalan yang remeh-temeh macam tu. Asal gaduh je, biasanya perempuan tu yang akan call banyak kali, mesej banyak kali kat lelaki tu. Padahal lelaki tu nak bersendirian untuk seketika. Sebab dia tak suka bising-bising. Bila keadaan dah reda, dia akan cari korang balik.

So, sebagai perempuan yang ingin menjadi idaman setiap pasangan, korang tak perlu faham 100% pun sikap lelaki. Korang cuma perlu bagi dia masa dan ruang untuk dirinya sendiri. Dengan cara macam tu pun sebenarnya lelaki tu akan lebih menghargai korang, sebab bagi dia, bila perempuan tu bagi dia ruang dan masa untuk menyendiri, korang dah pun memahami sikap diorang. Korang tak perlu nak menangis bagai nak rak, hantar mesej banyak-banyak kali untuk memujuk dan buat benda-benda merepek. Yang korang kena buat adalah chill and buat apa yang korang suka. Pasangan korang tu dengan sendirinya akan datang balik kat korang, sebab.. korang penting dalam hidup diorang.



So, be happy and chill!







5 comments:

  1. hahaha..tp mcm terbalik je dgn situasi yg aku slalu kena..

    ReplyDelete
  2. Ada soalan nak tanya..macam ni...sy dgn bf bergaduh pasal benda kecik je..mula mula die ckp die nak sendiri..tp die still lagi concern pasal sy..kalau ade masalah sy cerita kat die,die pun tolong..sampai laa satu hari sy nak pindah..Ade budak ni tlg..budak baru lepasan spm..sy ade bg id wechat kat die..silap saya sy pergi cerita pasal budak ni nak mengurat sy kat abg angkat bf sy ni..sy bukan ade ape pun dgn budak tu..sy cme nk ucapkan terima kasih sbb tlg sy..yg sy pelik tu...mcm mna bf sy boleh baca ws tu kat hp abg angkat die tu kalau abg angkat die tak bagitahu..fyi..abg angkat die bukan straight sgt..umur dah 40++ belum kahwin lagi..die snggup sponsor dr A to Z bwk bf sy ni pegi korea...lepas tu kami gaduh besar..die maki maki sy ckp sy curang..ckp sy tak syg die..die ckp die sedih sgt sbb kitorang tgh ade masalah sy boleh layan lelaki lain..lepas tu die ckp kami putus..die tak bg sy kacau die dah..sy nak explain kat die pun tak dapat..die taknak reply ws taknak angkat call..rumah pun die tak balik(sy duduk satu blok dgn die,sbb tu boleh tahu die balik ke tak)..die pergi duduk dgn abg angkat die tu..lepas gaduh tu sy pegi jumpa die kt ofis menangis nangis pujuk die,tp dia taknak pandang muka sy pun..masa die pergi korea haritu sy ade ws die tnya khabar die..tp die cme reply tak bg sy ganggu die dah..lepas tu dah dekat seminggu sy tak ganggu die..sy tak tahu apa patut sy buat..sy sygkan die sgt..sy pun dpt rasa die masih sygkan sy..tp die taknak mengalah..patut sy tgu die ke ataupun move on je..atau pujuk die balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je, macam artikel ni cakap, biar je dia cool down sendiri.... pasal lelaki rimas la kalau pompuan nk menyibuk pujuk la pulak time kitorg nk masa utk kitorg sendiri, so, faham2 la ye.... bila dah okey nnti bf you dtg la semula kat you

      Delete
  3. well, kenal dia ats urusan kerja. mulanya x rasa apa, but as time goes by dia slalu tunjuk concern n usahakan apa yg sy request smpi la rs "ter"jatuh hati kat dia, tp pendam dlm hati je la... huhuhu... tak la lama, almost 6 months jgk la keep in touch with him...

    ada jumpa few times sbb dia tlg uruskan sst. tp lately dia mcm dingin plak... bila tanya (sambil bgurau) ade gf ke beria pulak kata takde... klu tanya mganggu atau x, dia jwb plk "tak ganggu pun" tp ada ms x reply msg... katanya bz / tido... hahaha

    ni kira "rubber band concept" ke atau dia da tak suka mcm dulu? hmm...

    ReplyDelete

 
Toggle Footer
Top