BAB 2
NIA Amanina bangun
dari tidurnya. Terpisat-pisat dia membuka mata sambil tangannya meraba-raba
mencari telefon bimbit di atas meja. Dia terus terbangun apabila melihat jam di
telefon bimbitnya yang sudah hampir pukul 8 pagi.
‘Alamak!
Lambat la aku pergi office hari ni’
desis hatinya. Dia lantas bangun dari katil dan mencapai tuala menuju ke bilik
air. Dia harus bersiap cepat kerana tidak mahu sampai ke pejabat lambat. Dia
tidak mahu rekod kerjanya buruk kerana dia baru sahaja bekerja selama dua
bulan.
Setelah
selesai mandi, Nia Amanina lantas mendail nombor telefon Idlan. Dia berharap
agar lelaki itu dapat menghantarnya ke pejabat.
‘Tak
bangun lagi ke dia ni?’ desis Nia Amanina setelah panggilannya tidak berangkat.
Dia cuba membuat panggilan sekali lagi. Namun panggilannya masih lagi tidak
berangkat. “Ish, dah la area ni susah nak dapat teksi.” Nia Amanina mengeluh.
Dia lantas bersiap dan berkira-kira untuk berjalan kaki ke stesen bas.
Nia
Amanina berjalan kaki keluar dari kawasan perumahannya untuk ke jalan besar.
Ketika dia berjalan pantas, tiba-tiba tumit kasut kaki kanannya patah.
Aduh!
Kenapalah kasut ni buat hal pulak? Dah la aku lambat nak pergi kerja, ni tumit
pulak patah. Hish! Apalah nasib aku hari ni. Keluh Nia Amanina setelah dia
melihat tumit kasutnya yang patah. Nak tak nak dia terpaksa juga berjalan kaki
ayam sambil memegang kasutnya. Ketika dia hampir sampai ke tempat perhentian
teksi, sebuah kereta berhenti berdekatan dengannya.
“Assalamualaikum.
Cik nak pergi mana ni?” Tanya seorang lelaki ketika dia melintasi kereta putih
itu.
“Saya
nak pergi kerja ni” balas Nia Amanina acuh. Dia malas melayan lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Lagipun dia memang sudah lewat untuk ke tempat kerja.
“Owh.
Saya nampak cik jalan kaki ayam tadi, tu yang saya berhenti. Nak saya
tumpangkan tak?” Tanya lelaki itu.
Ish
mamat ni. Malu aku dia cakap aku jalan kaki ayam je.
“Tumit
kasut saya ni tiba-tiba patah pulak” balas Nia Amanina menahan malu.
“Tak
apalah. Saya boleh tunggu teksi” sambung Nia Amanina lagi. Lelaki itu lantas
melihat jam tangannya.
“Kalau
nak tunggu teksi lagi lambat la nak sampai office.
Tak apa lah, saya hantarkan cik” pelawa lelaki itu.
“Tak
apa ke? Tak menyusahkan awak ke?” Tanya Nia Amanina. Dia serba salah untuk
menerima pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Risau juga kalau lelaki
itu ada niat yang tidak baik terhadapnya. Zaman sekarang ni, macam-macam boleh
berlaku.
“Tak
susah pun. Masuk lah. Ke nak saya bukakan pintu kereta?” seloroh lelaki itu.
Merah muka Nia Amanina apabila lelaki itu berkata begitu. Nia Amanina lantas
membuka pintu kereta dan duduk bersebelahan lelaki itu. Kereta itu pun
bergerak.
“Saya
Adam Lutfi. Cik kerja kat mana?” Adam Lutfi cuba menghilangkan ketidakselesaan
Nia Amanina. Dia tahu gadia itu tidak selesa di dalam keretanya.
“Saya
Nia Amanina. Panggil Nia je. Saya kerja kat AZ Architecture. Dekat dengan
bangunan Wisma Teguh.” Balas Nia Amanina sambil tersenyum. Dia mengerling ke
arah lelaki itu.
“Owh.
Nia memang tinggal kat sini ke?” Tanya Adam Lutfi. Selama dia tinggal di taman
perumahannya , dia tidak pernah melihat gadis itu.
“Saya
tinggal kat apartment dekat dengan taman perumahan ni. Lagipun saya baru je
habis belajar” terang Nia Amanina dengan senyuman yang manis.
“Patut
lah tak pernah nampak. Tinggal dengan family?”
Adam Lutfi meneka.
Nia
Amanina serba salah untuk menjawab pertanyaan lelaki itu. Rumah yang dia duduk
itu sebenarnya kepunyaan Idlan. Sewaktu dia mendapat kerja di Kuala Lumpur,
Idlan yang menyuruhnya untuk tinggal di apartment itu memandangkan Nia Amanina
ketika itu tiada tempat tinggal. Apartment itu sebenarnya rumah sewa Idlan.
Setelah Nia Amanina tinggal di situ, Idlan tinggal semula dengan keluarganya.
Selalu juga Idlan datang ke rumah Nia Amanina dan pernah juga dia tidur di
apartment itu. Sebenarnya Nia Amanina serba salah apabila Idlan kerap
berkunjung ke apartment itu memandangkan dia dan Idlan tiada apa-apa ikatan.
Namun apakan daya, itu bukanlah rumahnya dan dia tiada hak untuk menghalang
lelaki itu.
“Awak”
Panggilan Adam Lutfi mematikan lamunan Nia Amanina.
“Eh,
tak lah. Saya tinggal sorang je” Nia Amanina menjawab soalan lelaki itu yang
sedari tadi bertanya.
“Mengelamun
ingat pakwe ke?” Adam Lutfi berseloroh. Tangannya masih lagi memegang stereng
kereta.
“Mana
ada” Nia Amanina sedaya upaya menyembunyikan perasaan malunya.Nia Amanina
sempat mengerling ke arah Adam Lutfi. Dia melihat lelaki itu tersenyum kecil
mendengar jawapannya. Kereta itu terus meluncur laju.
***************************
“OK, dah sampai.” Adam
Lutfi memberhentikan keretanya di hadapan bangunan Wisma Teguh.
“Terima
kasih awak” balas Nia amanina lantas membuka pintu kereta.
“Takkan
nak berkaki ayam masuk office?” Tanya
Adam Lutfi sambil tersenyum.
“Err.
Tak pe. Kejap je ni. Dekat office, saya ada selipar” balas Nia Amanina menahan
malu. Aduhai, macam mana la aku boleh terlupa yang kasut aku ni dah patah
tumitnya. Desis Nia Amanina dalam hati.
“Jap.”
Adam Lutfi membengkokkan badannya ke arah bawah seat belakang seperti mencari
sesuatu.
“Nah.
Awak pakai la selipar ni. Besar sikit rasanya. Pakai la sementara awak nak
berjalan sampai office awak” Adam
Lutfi memberikan seliparnya yang diambilnya dari bawah seat belakang kepada Nia
Amanina.
“Hah?”
Nia Amanina menelan air liurnya. Besar sikit dia cakap? Ni bukan besar sikit.
Ni besar banyak! Dengan perlahan Nia Amanina
terpaksa mengambil juga selipar dari tangan lelaki itu dan disarungkan
ke kakinya.
“Encik
Adam, terima kasih sangat-sangat sebab tolong saya hari ni” ucap Nia Amanina
dengan perasaan bersalah kerana menyusahkan lelaki itu. Terlihat seulas lesung
pipit di pipi kanan gadis itu.
“Eh,
panggil Adam je. It’s ok awak. Hari ni awak susah, saya tolong. Mana la tahu,
esok lusa pulak saya yang susah ke, awak pulak tolong” balas Adam Lutfi seraya
senyum.
“Saya
pergi dulu ye” Nia Amanina lantas berjalan menuju ke pintu masuk bangunan itu.
Adam Lutfi terus menekan minyak kereta. Kereta itu terus meluncur laju.
*******************
“NIA. What the..” Maria berdiri tegak melihat
penampilan kawannya itu. Pakaian dah lawa dah, tapi takkan lah kawan aku ni
pakai selipar besar kot?! Desis Maria dalam hati.
“Jangan
pandang aku macam tu boleh tak?” tegur Nia Amanina sambil meletakkan handbagnya
di atas meja.
“Tumit
kasut aku patah masa aku nak datang office tadi. Nasib baiklah ada mamat tu tolong
aku” sambung Nia Amanina setelah dia duduk di kerusinya. Dia mengambil
seliparnya di bawah meja dan menyarung ke kakinya. Selipar lelaki itu kemudian
diletakkan di sudut kiri bawah mejanya.
“Fuyoo.
Hensome tak mamat tu?” Tanya Maria
ingin tahu.
“Kau
ni tak habis-habis dengan hensome”
balas Nia Amanina lantas menepuk bahu kawannya itu.
“Mana
boyfriend kau? Bukan ke dia yang
selalu hantar kau pergi kerja?” Tanya Maria lagi.
“Tu
yang aku geram. Dah la aku terbangun lambat pagi tadi. Lepas tu aku call dia banyak kali. Tak angkat-angkat”
Omel Nia Amanina geram. Maria hanya tergelak melihat Nia Amanina membebel.
Walaupun Nia Amanina baru bekerja di tempat itu, dia senang dengan sika Nia
Amanina. Gadis itu memang ceria orangnya.
“Nasib
kau la, Nia. Ok gak tu, dapat jugak jumpa mamat hensome. Siap bagi pinjam selipar pulak tu” Maria mengusik rakannya
itu. Maria menjungkit sebelah keningnya.
“Kau
ni kan” pintas Nia amanina. Maria yang sedari tadi asyik tergelak terus
mematikan tawanya ketika dia melihat bosnya berjalan menuju ke arah mereka.
“Nia”
Nia Amanina mendongak ketika mendengar suara garau memanggil namanya. Datuk
Hassan, lelaki separuh abad yang merupakan majikannya telahpun berdiri di depan
mejanya. Nia Amanina lantas berdiri sebagai tanda hormat kepada majikannya.
“Datuk,
sorry saya datang lambat. Ada emergency tadi” dalih Nia Amanina.
“Masuk
bilik saya” arah majikannya.
“Sekarang”
keras nada lelaki itu. Lelaki separuh abad itu lantas berjalan menuju ke
biliknya semula.
“Maria,
angin bos ok tak pagi ni?” Tanya Nia Amanina kepada kawannya. Dia berasa cuak
juga kerana inilah kali pertama dia datang lambat ke pejabat. Dia melihat jam
di tangan kirinya yang sudah menunjukkan pukul 10.
“Ok
kot. Eh, ko pergi la sekarang” arah Maria. Nia Amanina mengemaskan bajunya dan
berjalan menuju ke bilik majikannya.
“Duduk”
Arah Datuk Hassan kepada Nia Amanina ketika di dalam biliknya.
“Ada
apa ye datuk panggil saya?” Tanya Nia Amanina. Datuk Hassan memberikan satu
fail kepada Nia Amanina.
“Awak
tengok plan ni. Saya nak reka bentuk yang berkonsepkan seni bina islam. Bukan
yang macam awak buat ni” tegas kata-kata yang keluar dari mulut majikannya.
Nia
lantas membuka fail yang mengandungi kertas plan rekaaannya yang disiapkan
semalam. Dia melihat segenap inci lukisan plannya. Ok je rekaan aku. Bumbung
dah berkubah. Interior aku dah ubah kepada bentuk yang dia mintak. Apa lagi la
yang bos aku nak. Desis hati Nia Amanina.
“Saya
bagi masa awak sampai minggu depan untuk siapkan plan projek ni. Awak boleh
keluar sekarang” arah Datuk Hassan.
“Baiklah
Datuk” ucap Nia Amanina lantas berjalan keluar dari pejabat majikannya.
Sampai
sahaja Nia Amanina di mejanya, Maria yang duduk bersebelahan dengan mejanya
lantas menyapa.
“Eh,
bos nak apa?” Tanya Maria ingin tahu.
“Bos
suruh aku siapkan plan ni. Penat je aku stay
back semalam. Alih-alih kena reject
pulak.” Omel Nia Amanina lantas meletakkan fail itu di atas mejanya.
“Hehe.
Sabar je lah. Bos tu memang macam tu. Lama-lama nanti ko biasa la dengan bos
tu” pujuk Maria. Dia yang sudah 3 tahun bekerja di situ sudah masak dengan
perangai majikannya yang tegas dan perfectionist. Nia Amanina hanya mampu
menghela nafas.
************************
DERINGAN
telefon bimbit mematikan tugasan Nia Amanina yang sedari tadi leka membuat
kerja. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
“Hello” Nia Amanina memulakan perbualan.
“Hai,
sayang. You call I pagi tadi ek? Sorry, I
tak sedar.” Pujuk Idlan di hujung talian.
“Dah
nak balik dah ni baru you ingat nak call I?” Tanya Nia Amanina seolah-olah
merajuk. Dia melihat jam di tangan kirinya yang sudah pun menginjak ke pukul 4
petang.
“Jangan
la marah. I ambik you nanti kat office ye sayang. Lepas tu I bawak
you pergi shopping” pujuk Idlan lagi.
Dia jarang melihat gadis itu merajuk. Tapi, sekali gadis itu merajuk, susah
hendak memujuknya.
“Tak
nak lah. I tak ada mood. Sebab you la, I terpaksa jalan
kaki nak tunggu teksi sampai tumit kasut I
patah” balas Nia Amanina acuh.
“La,
ye ke. I’m so sorry sayang. Pagi tagi
I tak sedar pun you call. Ok, lepas you
habis kerja I bawak you pergi beli kasut baru ye. I belanja.” Idlan cuba memujuk lagi.
“Betul
you nak belikan I kasut?” Nia Amanina bertanya untuk kepastian.
“Betul
sayang. Kita pergi beli kasut. Lepas tu I
ingat nak lepak kat rumah you malam
ni” jawab Idlan.
“Ok”
jawab Nia Amanina sepatah. Dia sebenarnya serba-salah untuk membenarkan Idlan
ke rumahnya itu walaupun rumah itu kepunyaan Idlan.
“Tapi
you tak tidur kat apartment kan?”
teka Nia Amanina.
“I memang nak tidur kat sana malam ni.
Mama I dah bising-bising suruh I kahwin. Malas nak dengar dia
membebel.” Jawab Idlan. Nia Amanina hanya mengeluh perlahan. Dia bukan tidak
kenal Idlan. Dia mengenali Idlan ketika di kampus lagi. Seorang yang panas
baran dan tidak suka dirinya dikongkong. Sekiranya ada yang tidak kena, cepat
betul lelaki itu naik angin. Namun semenjak dia berkasih dengan lelaki itu,
sikap Idlan sudah berubah sedikit-sedikit. Dia tidak pernah menyakiti apatah
lagi memukulnya.
“Jumpa
petang ni ye sayang. I love you”
Idlan mematikan talian. Nia Amanina menghela nafas. Dia lantas menyambung
kerjanya semula.
0 comments:
Post a Comment