18 AUG 2013
Salam 11 Syawal korang. Disebabkan bulan ni masih lagi
dalam mood raya, so kompom ramai yang buat rumah terbuka atau orang kampung aku
panggil ‘open house’. Sabtu lepas aku
sempat pergi ke 3 open house (Batang Kali – Selayang – Sepang) dan
kenduri kahwin kat Melaka. Hari tu perut aku memang penuh dengan makanan la.
Tak sempat nak lapar. Biasa la open house, kompom banyak makanan yang terhidang
sampai aku rambang mata nak makan apa (padahal ada 3 or 4 jenis makanan je).
Lepas abis round 3 open house, aku ngan kawan-kawan aku
pun gerak ke Melaka. Kitorang gerak petang sebab kawan aku buat kenduri kahwin dan
bersanding pada sebelah malam. Agak rare
kan? Tapi itulah kenyataannya. Mungkin ada sesetengah tempat atau korang pernah
pergi ke majlis kenduri kahwin yang diadakan pada sebelah malam, dan
kebanyakannya dibuat di dewan. Tapi, majlis kawan aku ni dibuat dekat rumah.
Mula-mula masa aku dapat kad kahwin tu, aku tengok
timing ‘8.30 – 11 malam’. So, aku fikir 8.30 pagi sampai 11 malam acara tu.
Tapi rupa-rupanya start 8.30 malam. Kitorang sampai sana tepat-tepat pukul 10 malam. Masa
aku datang rumah dia tu aku tengok masih lagi ramai orang yang tengah makan dan
ada juga yang nak balik dah. Rumah dia ni nak kata taman, bukan taman, sebab
rumah dia sebijik-sebijik. Nak kata kampung, bukan kampung, sebab dah dekat
area bandar.Tapi yang paling best, halaman rumah dia ni memang luas. Aku nampak
pengantin tengah layan (beramah mesra/ambik gambar) dengan tetamu, so aku
abaikan je la. Pengantin busy kot! Jadi retis sekejap!Haha.
Aku dan kawan-kawan aku pun jalan la nak pergi kat
khemah untuk makan. Then, sampai satu port tu, aku nampak ada 2 – 3 orang
berkerumun kat meja kecik. Aku pun pergi la usha nak tengok apa yang diorang
buat. Rupa-rupanya diorang tengah tulis ucapan (greeting wish) untuk pengantin
kat ‘Guest book’. Kat meja tu ada 1 frame gambar pengantin dan buku tetamu (saiz
besar macam album gambar). ‘Wow, Nice!’
![]() |
Candy Buffet |
Dah setel makan, kawan aku yang kahwin tu ajak suruh masuk
rumah dia. Kitorang pun pergi la masuk rumah dia. Nampak dia dengan husband dia
tengah tunggu kitorang kat pelamin. Mata aku ni mula-mula wajib akan tengok
pelamin dulu and “Wow, lawa la. Simple but really nice!” itu ayat yang
terkeluar dari mulut aku. Kawan aku cakap pelamin tu buat sendiri. Tak sewa
pun. Mungkin pada mata orang lain, pelamin tu tak grand and simple je. Tapi
pada mata aku dan kengkawan aku yang lain, it’s really nice.
![]() |
Kerusi pengantin yang cool!
And, korang nak tau tak, mostly barang untuk buat
pelamin tu adalah barang rumah dia sendiri yang dia guna balik. Kerusi atas
pelamin tu dia guna sofa rumahnya. Lampu kat tepi kiri dan kanan adalah lampu
kat rumahnya jugak. Karpet bulu-bulu kat stage tu pun karpet ruang tamu rumahnya. Kreatif dan cool, kan?!
Well, apa yang aku nampak kat sini adalah semakin ramai
pasangan yang dah sedar tentang konsep perkahwinan dan persandingan yang sebenarnya.
Alhamdulillah. Tak dinafikan majlis persandingan sekali je seumur hidup (ada
jugak yang dua tiga kali. Wooha!). Tapi bersederhana tu kan lebih elok. Pernah tak kita
terfikir, kita terpaksa kumpul duit banyak-banyak dan buat loan untuk hari yang
bersejarah yang cuma sekali je. Lepas tu kita terbeban dengan hutang (untuk
yang buat loan la). Sebenarnya titik permulaan hidup berumah tangga itu
bukanlah sehari tu je, tapi bermula selepas majlis persandingan selesai. Masa
tu lah kita start bekerja keras kumpul duit untuk sara family baru kita.
Konsep persandingan yang bersederhana adalah dituntut
oleh syarak.
Yang penting, kita dah buat yang wajib. Macam majlis kawan aku ni, apa yang aku nampak adalah:
Sabda Rasulullah SAW. yang
bermaksud:
"Sesungguhnya yang besar berkat
nikah ialah yang sederhana belanjanya "
(Hadis Riwayat Ahmad)
Yang penting, kita dah buat yang wajib. Macam majlis kawan aku ni, apa yang aku nampak adalah:
· MAJLIS WALIMAH WAKTU MALAM
-Tak dinafikan ada jugak majlis kahwin yang orang buat malam, tapi kebanyakannya diorang buat dekat dewan atau hotel. Yang ni agak rare sikit la sebab kawan aku buat majlis kahwin pada waktu malam kat rumah. Nasib baik la jalan rumah dia senang nak cari. Banyak jugak kelebihan buat waktu malam ni. First, tak ganggu waktu solat. Waktu Isyak kan panjang, so pengantin boleh solat isyak lepas majlis, kira-kira dalam pukul 11 lebih. Waktu malam ni sejuk, tak panas. Tenang je rasa.Wooha! Kalau buat time siang, dikhuatiri akan terlanggar 2 waktu solat. Ye lah, masa bersanding dah tengahari, nak makan beradab, naik pelamin, bergambar dengan tetamu.Lepas tu bila dah petang, diorang akan buat photoshoot. Takut rushing nak solat. Sebab waktu dah fixed. Pada yang sempat solat tu, Tahniah! Tapi, ada pro dan contra juga. Bagi orang yang tak tahu jalan rumah pengantin tu, agak susah sikit la kalau majlis tu dibuat waktu malam sebab keadaan gelap. Kemungkinan tersesat tu kompom ada. Wooha! Kalau buat waktu siang, sesat-sesat pun boleh nampak jalan.
·
GUEST BOOK
-Tetamu
boleh tulis ucapan untuk pasangan pengantin. Ada jugak tetamu yang tak dapat atau
tak sempat nak jumpa pegantin, so, melalui buku ni diorang boleh tulis
kata-kata tahniah diorang. Guest book ni juga sebenarnya mempunyai sentimental
value yang tersendiri untuk pasangan pengantin. Sebab, diorang boleh baca dan simpan.
Lepas tu, boleh tunjuk kat anak cucu diorang.
·
CANDY BUFFET
-Biasanya
kalau bersanding, akan ada acara tabur gula-gula. Dulu banyak la, tapi sekarang
dah jarang yang buat. Sebab kebanyakan orang dah sedar yang gula-gula tak elok
di baling-baling jatuh ke tanah. Benda tu kan makanan. Sebenarnya orang
dulu-dulu buat acara tabur gula-gula ni adalah untuk meraikan budak-budak kecik
yang datang (tapi mak-mak budak pulak yang terlebih excited nak ambik
gula-gula). So, dengan adanya candy buffet ni, korang dah tak payah nak ambik
gula-gula yang jatuh kat tanah tu. Korang boleh ambik sendiri sebanyak mana
yang korang nak ambik. Tak ada siapa pun yang marah.
·
PENGANTIN TAK BERSANDING
-Disebabkan
aku datang kat kenduri tu pun dah pukul 10 malam, aku tak tau la kawan aku ni
bersanding atau tak. Setahu aku, bersanding tu sebenarnya adat bagi agama Hindu
yang kita ikut dari dulu lagi. Bersanding ni macam dah jadi wajib pulak dalam
masyarakat melayu sedangkan bersanding merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan
Dewa Rama dan Sita, sebab tu la pengantin dipanggil Raja Sehari. Pergh! Dah macam
belajar sejarah pulak. Haha. . Tapi bagi aku, lebih elok kalau tak bersanding. Pengantin
boleh layan dan beramah mesra dengan tetamu yang datang. Nak ambik gambar kat
meja makan tu pun boleh.
·
PELAMIN
-Ni
part yang paling aku suka. Biasanya kalau sewa pelamin, dalam range RM500-2000
jugak la. So, kalau korang kreatif dan berani mencuba, why not kalau korang buat
pelamin sendiri. Kan lebih jimat. Duit tu korang boleh guna untuk keperluan
akan datang. Kalau baju kahwin korang nak sewa atau beli, tu terpulang pada diri
masing-masing. Kalau korang beli, boleh buat kenangan. Tapi baju tu pakai
sekali je. Kalau nak sewa pun tak jadi masalah. Ikut kemampuan. Ukur baju kat
badan korang sendiri. Jangan ukur kat badan aku pulak. Aku memang dah kaya
(berangan sekejap!). Hahaha.
Before balik tu, kawan aku sempat la berborak dengan bapak
pengantin.
Kawan
aku: Pakcik,
jarang kan orang buat majlis kahwin kat rumah time malam.
Bapak
Pengantin: Memang kat sini, kiranya rumah pakcik yang start buat la ni.
Pasal apa, waktu malam ni masa dia x panjang. Tiga jam je. Pukul lapan setengah
sampai pukul sebelas lebih.
Kawan
aku: Bagus
jugak buat time malam ni. Sejuk je. Tak panas.
Bapak
Pengantin: Tu lah. Lagi pun, tak ganggu waktu solat. Lepas maghrib,
siap-siap terus start kompang tadi. Bukan apa, diorang tak berani nak buat time
malam sebab tak ada yang nak mula dulu. Jadi, biar pakcik yang
mulakan dulu, nanti insyaAllah akan ada orang yang ikut.
Aku suka ayat pakcik tu. Ada educated thinking di situ!
:)
ReplyDelete