Semalam, masa aku godek-godek fb, aku ternampak gambar-gambar aku pergi Pulau Jerejak dengan member-member perempuan masa aku belajar kat USM. Time tu adalah hari-hari terakhir kitorang kat sana. Masa plan nak pergi Jerejak tu, kitorang siap tempah t-shirt special lagi. Punya la excited tempah t-shirt tu sebab t-shirt tu ada nombor kat depan and masing-masing tak boleh pilih nombor yang sama. So, aku pilih nombor satu. Yang tak pakai t-shirt bernombor tu sebab last minit baru nak ikut sekali. Layankan je la.. Hahaha.
Time ni kitorang kat jeti. Baru nak gerak naik bot untuk pergi ke Pulau Jerejak.
Kitorang gerak dalam pukul 7 pagi sebab bot akan datang pada waktu pagi. Lagipun, kalau sampai sana awal, banyak aktiviti yang boleh dibuat kat Jerejak tu. Kitorang ambik pakej RM50/day. Pakej tu termasuk tambang bot, makan, dan aktiviti-aktiviti dekat sana. Sekarang ni aku tak tau la harga dah naik or still maintain.
Ni masa kat dalam bot. Masa kitorang naik bot ni, ada jugak beberapa orang pekerja resort Pulau Jerejak yang naik sekali. Diorang memang setiap hari akan pergi menaiki bot untuk ke tempat kerja.
Ni masa kitorang baru je jejak kaki kat Pulau Jerejak.
Ambik gambar jap dekat signboard Lobby.
Ni masa kitorang jalan menuju ke Lobby.
Sampai dah kat Lobby. Receptionist tu cakap akan ada guide yang akan bawak kitorang untuk buat aktiviti kat sini.
Ambik gambar dulu sementara menunggu abang-abang yang akan guide kitorang datang.
Aktiviti pertama kitorang adalah wall climbing. Abang guide (aku dah lupa nama dia) bawak kitorang pergi tempat wall climbing. Dekat situ, ada beberapa orang yang tengah buat aktiviti tu. So, kitorang kena tunggu sampai orang tu dah habis, baru kitorang boleh buat wall climbing.
Sementara menunggu, apalagi....
Agak-agak dah puas posing, abang guide tu panggil kitorang untuk wall climbing. Abang-abang guide kat sini semuanya peramah-peramah. Suka buat lawak. Kitorang memang asyik gelak je la dengan diorang ni.
Disebabkan baju aku nombor satu, abang guide tu suruh aku buat dulu. Tak Aci!
Sebelum buat wall climbing tu, diorang akan bagi penerangan dekat kita macam mana nak naik, and ajar kita tentang keselamatan. Masa aku buat wall climbing ni, mula-mula tu takut-takut jugak. Sebab takut kita terjatuh or tergelincir dari tempat kita pijak tu. Tapi, lama-lama dah confident dan berjaya naik ke atas. Yeyyyyy!
Lepas aktiviti wall climbing, abang guide bawak pula kitorang untuk buat aktiviti repelling.
Takut tapi seronok. Masa turun je jantung aku dah berdegup-degup sebab dia turun laju and aku takut kalau terjatuh ke tanah.
Lepas tu kitorang dibawa pula ke tempat flying fox. Dalam perjalanan ke sana, kitorang kena jalan melalui jambatan gantung.
Mula-mula, masing-masing cuak nak jalan. Tapi bila tang bab posing bergambar, semua pakat excited. Untuk aktiviti flying fox aku rasa ada banyak gambar, tapi mana entah aku letak. Aku godek-godek tak jumpa pun. So, tak ada la gambar masa flying fox tu ye. Sebelum start flying fox tu, guide akan suruh kitorang pakai safety helmet dan harness. Kalau diikutkan, ni kali kedua aku buat flying fox ni.
Dah habis aktiviti untuk pagi tu, abang guide tu akan bawak kitorang pergi jungle trekking pada pukul 2 petang. Kitorang pun balik ke lobby resort tu untuk makan dan solat.
Time to jungle trekking!
Abang guide yang bawak kitorang pergi jungle trekking bukan abang yang sama pagi tadi. Abang yang ni pun peramah jugak. Disebabkan aku tak ingat nama abang ni, aku gelar Abang Botak je la ye sebab dia botak. Hehe.
Ni masa kitorang baru nak naik untuk jungle trekking.
Rehat kejap.
Abang Botak ni bawak kitorang pergi tengok kawasan perigi lama dan dia banyak cerita tentang peninggalan lama seperti tapak penjara lama dan tempat orang kusta diletakkan. Masa kitorang jalan tu, tiba-tiba kitorang dengar macam suara perempuan menangis. Abang Botak tu tanya, "Korang dengar tak bunyi tu?". Kitorang pun jawablah yang kitorang dengar. Kitorang tanya bunyi tu bunyi apa. Abang Botak tu boleh buat muka cuak sambil cakap "Jangan tegur apa-apa. Diam je". Aku selama pergi jungke trekking waktu siang ni tak pernah pulak dengar bunyi macam-macam. Kitorang pun diam la sambil dok bisik-bisik cerita pasal bunyi suara tadi.
Bila dah keluar dari kawasan jungle trekking, Abang Botak tu tanya balik kitorang pasal bunyi macam perempuan menangis tu. Muka dia pun nampak cuak. Kitorang pun macam-macam la buat andaian. Sekali tu Abang Botak tu bagitau yang bunyi tu sebenarnya adalah bunyi hasil daripada pergeselan dahan-dahan pokok yang panjang akibat ditiup angin. Maksudnya kalau angin bertiup, dahan-dahan pokok akan bergoyang dan akan bergesel dengan dahan pokok yang lain. Sebab tu kita dengar bunyi macam perempuan menangis tu.
Fuhh, sangat sengal okeh Abang Botak ni takutkan kitorang. Siap buat muka cuak lagi. Hampeh tol!
Kitorang pun berjalan pulang menuju ke resort semula. Petang tu, free & easy. Yeyyy! Apalagi, mandi-manda la kat kolam yang sejuk tu.
Petang tu lepas kitorang dah siap-siap untuk balik, abang-abang guide datang jumpa kitorang ajak tengok persembahan diorang malam nanti. Rupa-rupanya setiap malam minggu diorang akan buat persembahan api dan kebetulan kitorang bertuah sebab kitorang datang hari sabtu. Sebab persembahan api ni akan dilakukan time hari cuti je. Abang guide tu cakap kalau malam minggu bot akan ada sampai pukul 10 malam lebih. So, kitorang tak payah risau la sebab bot untuk balik semula ke jeti ada lagi malam nanti.
So, malam tu kitorang pun tengok la persembahan api abang-abang guide tu. Lepas buat persembahan api tu, diorang ajak pengunjung ramai-ramai menari lagu poco-poco dengan diorang tapi ikut rentak lagu World Cup 'Waka-Waka'
Bila dah habis persembahan semua, sebelum balik tu kitorang bergambar dengan abang-abang guide yang sangat sporting, baik hati dan peramah. Thank you abang-abang guide!
0 comments:
Post a Comment