2 tahun lepas aku pernah naik ke Bukit Broga. Time ni kawan-kawan masa aku sewa rumah kat Puchong dulu ajak pergi panjat Bukit Broga. So, disebabkan aku memang suka aktiviti yang macam ni, aku pun join sekali.
Untuk pengetahuan korang, Bukit Broga ni terletak dekat Semenyih. So, kitorang decide nak bertolak awal. Kitorang bertolak dari rumah seawal jam 4 pagi. Sampai kat sana dah pukul 5 pagi. Masa kitorang sampai, -rupa-rupanya dah ramai orang yang datang ke Bukit Broga seawal jam 4 atau 5 pagi. So, ini pengalaman pertama aku hiking dalam keadaan yang gelap. Biasanya kalau aku pergi hiking, aku akan pergi waktu siang.
Bukit Broga ni tak ada sungai atau kawasan yang berair. Sebab, mula-mula tu aku plan nak tidur atas Bukit Broga tu. Tapi memandangkan Bukit Broga tiada kemudahan sumber air, aku dan kawan-kawan aku decide untuk pergi balik hari sahaja. Sebelum nak naik Bukit Broga, kat kawasan permulaan ada tersedia sebuah tandas. Tapi paham-paham je la, keadaan tandas tu yang pada aku tidak selesa. Kalau dah terdesak sangat, nak tak nak terpaksa jugalah guna tandas tu. Hihi. Tapi biasanya kalau kita mendaki, kita takkan rasa nak buang air kecil atau besar (selama yang pernah aku lalui la).
Kitorang start mendaki tepat jam 5 pagi. Kitorang dah siap-siap bawak lampu suluh sebab keadaan gelap. Yelah, pukul 5 pagi. Matahati pun tak keluar lagi. Kitorang bawak jugak telekung, sejadah dan botol air untuk kemudahan solat masa kat atas sana.
Lebih kurang pukul 6.30 pagi, aku dan kawan-kawan aku berhenti kat satu kawasan yang agak rata untuk solat (di tepi laluan mendaki). Ini pengalaman kedua aku solat subuh di atas tanah, dikelilingi pokok-pokok, dan dalam keadaan open sebab orang ramai lalu-lalang. Satu perasaan tenang menyelinap kat dalam hati aku. rasa kita ni kerdil sangat bila dahi kita cecah ke tanah.
Selepas selesai solat, kitorang pun teruskan perjalanan untuk ke puncak Bukit Broga.
Akhirnya...
Permandangan Bukit Broga di waktu pagi. |
Ramai giler orang yang mendaki Bukit Broga ni. Bukit Broga ni ada 3 puncak. Yang ni puncak pertama. So, ada 2 puncak lagi yang kena daki. Kebanyakan diorang pergi awal-awal pagi sebab nak tengok sunrise. Tapi masa aku pergi tu, tak nampak pun sunrise. Huhu.
Semasa kitorang kat sana, budak-budak lebih kurang 7 - 8 tahun pun ada yang naik Bukit Broga. Terer tak terer budak-budak ni. Yang aku paling kagum bila aku nampak seorang perempuan melayu bawak baby yang dikendong kat belakang naik Bukit Broga ni. Lepas tu ada juga sekumpulan orang buta panjat Bukit Broga ni. Diorang dipimpin oleh budak-budak muda. Maybe dari mana-mana persatuan kot. Tapi bila nampak keadaan ni, aku jadi kagum. Kalau orang macam tu pun boleh daki, kenapa kita tak boleh, kan?
Kitorang pun teruskan perjalanan untuk 2 puncak lagi.
Rehat kejap sambil ambil gambar.
Masa nak sampai ke puncak ketiga, kitorang kena lalu kawasan yang sempit. Kat situ korang kena panjat dekat celah-celah batu besar dengan menggunakan tali. Part yang ni agak mencabar sikit. Masa kitorang sampai kat sana, ramai orang yang datang tu masing-masing tolong antara satu sama lain walaupun diorang tak kenal pun.
Haa... Nampakkan tali tu.. Kena panjat celah-celah batu besar ni (Gambar ni aku ambik dari Google sebab aku tak ada gambar masa kat sini" |
And finally,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Broga Hill, Here I come!!!!!!!
Rasa best sangat sebab dapat sampai ke puncak Broga.
Kat sana memang ada bendera yang tercacak ye. Jangan pikir aku bawak bendera ni pulak. Hihi. |
Dah puas lepak-lepak kat atas puncak tu, kitorang pun turun untuk balik. Siapa-siapa yang tak tau nak buat apa di hujung minggu, aku suggest korang pergi kat sini. Memang best.
0 comments:
Post a Comment