Sample Text Link

Wednesday, January 1, 2014
One comments

Takdir Yang Terindah

8:53 AM

“Daniel!” Alissa memanggil anak kecil yang sudah terlanggar kaki seorang lelaki yang tidak jauh dari tempat dia berdiri dalam pusat membeli belah.

Alissa lantas berjalan pantas untuk mendapatkan anaknya. Saat ketika dia menghampiri lelaki yang telah mendukung anaknya itu, jantungnya seakan-akan terberhenti.

“Haikal?” hanya satu nama yang keluar dari mulutnya. Nama yang tidak pernah dilupakannya.

“Alissa..” Lelaki itu memandang wajah Alissa. Dia lantas tersenyum dan berjalan menghampiri Alissa. Jantung Alissa berdegup pantas.

“Ni anak awak?” tanya Haikal sambil mengembalikan semula anak kecil itu kepada Alissa.

“Ha’ah” Jawab Alissa sepatah.

“Comel. Macam mamanya” tutur Haikal dengan senyuman yang sengaja ditunjuk. Alissa membalas senyuman lelaki itu.

“Siapa namanya?” tanya Haikal lagi.

“Alif Daniel” jawab Alissa sambil mengusap kepala anak kecil itu yang sedang berdiri.

“Err… Saya nak beli barang lagi ni” Alissa memberi alasan. Dia tidak betah berlama-lama dengan lelaki itu. Terlalu pahit untuk dikenang. Kalau boleh, sampai bila-bila pun dia tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki itu.

“Owh, ok. Saya nak pergi bayar dah. Jumpa lagi Daniel” Haikal lantas mencuit pipi anak kecil itu. Dia kemudian menghalakan tangan kanannya untuk bersalam dengan anak kecil itu. Hati Alissa tersentuh apabila Daniel menyambut huluran salam Haikal.

Haikal lantas berjalan ke kaunter bayaran.

“Siapa tu mama?” tanya Daniel.

“Kawan mama” jawab Alissa lembut.

“Jom kita balik. Nenek mesti tengah rindu kat Daniel” Alissa lantas memapah anaknya itu ke tempat letak kenderaan. Dia tidak mahu anaknya bertanya lagi tentang lelaki itu. Anak kecil yang berusia lima tahun itu belum cukup matang lagi untuk mengetahui kisah silamnya.


********************

“Kau ni dah dua tahun kahwin pon masih tak ada anak lagi. Keturunan kita ni semua subur-subur tau tak? Entah-Entah bini kau tu yang mandul!” lantang Datin Maria bersuara. Anak lelakinya itu memang degil. Tidak mahu langsung mendengar kata-katanya.

Sememangnya dia tidak menyukai menantu perempuannya itu kerana dia sudah punya pilihan sendiri. Fazura, gadis cantik yang ingin dikahwinkan dengan anaknya. Gadis itu merupakan anak rakan baiknya. Hasrat Datin Maria untuk berbesan degan rakan baiknya itu tidak kesampaian apabila anak lelakinya menentang dan mengahwini gadis pilihannya sendiri.

“Mama! Jangan pandai-pandai nak tuduh Alissa ni mandul. Anak tu rezeki Allah. Ramai lagi yang kahwin sampai tujuh lapan tahun pun tak ada anak lagi” bentak Haikal apabila mamanya menuduh isterinya mandul.

“Mama tak kira! Mama nak Haikal kahwin dengan Zura jugak!” keras nada Datin Maria.Sudah lama dia memendam hasratnya itu. Dia tidak betah bermenantukan Alissa, seorang gadis kampung. Baginya Alissa bukanlah enggang yang boleh sama berdiri dan sama duduk dengannya.

“Haikal tak cintakan dia, ma. Berapa kali Haikal nak cakap?!” Haikal cuba menahan marahnya.

“Kamu jangan nak jadi anak derhaka! Dari dulu lagi mama tak suka Haikal kahwin dengan perempuan tu, tapi Haikal kahwin jugak.” Dada Datin Maria turun naik menahan marah. Kenapalah anak lelakinya ini sangat degil dan tidak mahu mendengar cakapnya. Entah ubat guna-guna apalah yang diberikan oleh perempuan bodoh tu pada anaknya!

“Haikal bukan nak jadi anak derhaka” Haikal cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan.

“Apa yang kurang dengan Zura tu? Cantik, pandai berfesyen tak macam bini kamu tu yang asyik pakai baju kurung je” balas Datin Maria. Cantik? Pandai berfesyen apanya kalau terdedah sana sini, pakaian pun macam tak cukup kain je. Baginya Alissa melengkapi kreteria wanita idamannya. Sopan santun, lemah lembut, dan tidak berfesyen keterlaluan. Dia tidak perlukan wanita yang bermake up tebal-tebal.

“Dah la mama. Haikal dah penat nak cakap pasal benda ni. Haikal naik atas dulu” Haikal lantas berjalan menaiki anak tangga.

Alissa yang sedari tadi mendengar pertelingkahan anak beranak itu dari bilik atas berasa sebak. Dia tidak mahu kehadirannya menyebabkan suaminya itu menderhaka pada ibunya sendiri.

**********************
“Lissa”

Alissa tersentak apabila ada suara memanggil namanya.

“Ibu” Alissa lantak menyeka air matanya apabila ibunya masuk ke biliknya..

“Daniel dah tidur ke?” Tanya Puan Anizah yang melihat cucnyaitu baring mengiring di atas katil.

“Dah, bu. Tadi Lissa tidurkan dia” Jawab Alissa sambil tersenyum.

“Kamu masih ingat lagi pasal tu ke?” tanya ibunya yang telah duduk bersebelahan dengannya di katil.

“Eh, tak lah” dalih Alissa.

“Dah lima tahun dah, Lissa. Cukuplah apa yang kamu dah lalui. Tak payah nak ingat lagi benda yang lepas” nasihat ibunya. Puan Anizah sebenarnya sangat kasihan dengan anak perempuannya itu. Dia tidak sanggup lgi melihat anak perempuannya bersedih mengenangkan peristiwa lampau.

“Lissa dah lupa pun pasal tu. Sekarang Lissa cuma fikir nak besarkan Daniel je” Alissa menjawab dengan senyuman di pipi. Dia tidak mahu ibunya menaruh syak wasangka yang dia masih lagi mengingati peristiwa itu.

“Sebab tu baru nak balik Malaysia?” duga ibunya.

“Ibu marahkan Lissa lagi ke?” tanya Alissa.

“Ibu tak pernah marahkan anak ibu ni. Tiap hari ibu doa untuk Lissa” balas Puan Anizah.

“Terima kasih, bu. Lissa bukan tak nak balik Malaysia. Tapi sebab Lissa tak cukup kuat lagi nak hadapi semua ni” ujar Alissa.

“Ibu faham” Puan Anizah memeluk erat anaknya. Dia tidak mahu anak perempuannya itu pergi jauh lagi darinya. Sudah 5 tahun Alissa membawa diri ke Canada dan tinggal bersama makciknya yang menetap di sana. Dan kini dia tidak mahu anaknya itu pergi jauh lagi. Cukuplah tempoh 5 tahun itu memisahkan dirinya sebagai ibu dengan anak perempuannya itu.

******************

Ketika Alissa sedang keluar dari 7eleven, seorang lelaki yang tidak kenali datang menghampirinya dan meragut beg tangannya. Alissa yang baru sedar akan kehadiran perompak itu lantas mengejar dan menjerit meminta tolong. Haikal yang baru sahaja meletakkan kereta Honda di depan kedai sebelah 7eleven ternampak kejadian itu dan terus mengejar perompak itu. Apabila perompak itu sampai di satu lorong, Haikal lantas memukul perompak itu. Mereka bergelut sehingga Haikal terjatuh ke tanah. Ketika perompak itu ingin lari, Haikal lantas menendang kaki perompak itu dan memukulnya sekuat hati. Dia lantas dan merampas beg tangan yang dipegangnya. Perompak itu terus melarikan diri.

“Haikal” Alissa memanggil nama Haikal dengan suara yang termengah-mengah. Penat dia mengejar peragut itu dari belakang.

“Lissa, awak tak apa-apa ke?” tanya Haikal cemas.

“Tak. Terima kasih sebab tolong saya” Lissa  tersenyum nipis.

“Nah beg tangan awak. Check la kalau ada barang yang hilang ke tak” Haikal lantas menghulurkan beg tangan kepada Alissa dengan nafas yang termengah-mengah.

“Anak awak mana?” tanya Haikal.

“Err, kat dalam kereta” balas Alissa.

“Jom kita pergi kat kereta awak. Bahaya tinggalkan budak kecik sorang-sorang” ujar haikal. Alissa lantas berjalan menuju ke keretanya. Sampainya di keretanya, Alissa lantas mendapatkan Daniel dan mencium anaknya itu.

“Kenana mama berpeluh?” tanya anak kecil itu.

“Beg mama kena ambik orang, sayang” jawab Alissa.

“Sape ambik? Orang ni ke yang ambik?” tanya anak kecil itu sambil menuding jari ke arah Haikal.

“Eh, tak lah. Uncle ni yang tolong mama” jawab Alissa sambil memandang Haikal.

“salam uncle Haikal, sayang” Daniel lantas menghulurkan tangan kepada Haikal untuk bersalam. Haikal senyum lantas bersalam dengan anak kecil itu. Dia mengusap rambut anak kecil itu.

“Daniel umur berapa?” tanya Haikal.

“Lima” Daniel menunjukkan kelima-lima jarinya seperti hi five kepada Haikal.

Haikal tergelak kecil. Pandai anak kecil ini berkata-kata. Namun dalam pada masa yang sama dia agak sedih kerana wanita di hadapannya sudah temui pengganti. Dia tidak harus menanti sesuatu yang tidak pasti lagi. Baginya, senang betul wanita itu mendapat pengganti yang baru kerana umur anak kecil itu lebih kurang sama dengan tempoh perpisahan mereka.

“Haikal, awak dah minum? Saya nak belanja awak sebagai balas budi awak sebab tolong saya tadi” Alissa berkata kepada Haikal.

“Boleh. But not today. Sebab I ada hal kejap lagi. Can you give me your phone number?”tanya Haikal.

“Hah?” Alissa seakan-akan terpana.

“Yelah, harini saya tak boleh. So, next time kalau saya free saya call awak suruh awak belanja saya. Kenapa? Awak fikir lain ek?” seloroh Haikal. Alissa tersipu-sipu malu mendengar jawapan haikal. Mahu sahaja dia menyorokkan mukanya di bonet kereta akibat malu dengan lelaki itu.

“Owh, boleh.” Alissa lantas memberikan nombor telefonnya kepada Haikal.

“Ok, see you again. Babai Daniel” Haikal tersenyum lantas melambai Daniel dan pergi ke keretanya.

Alissa yang memandang Haikal hanya mampu mengeluh perlahan.

******************

Malam itu, ketika dia sedang menidurkan anaknya, dia teringat kembali peristiwa yang membuatkannya pergi jauh dari Malaysia.

“Eh, perempuan! Aku nak kau pujuk anak aku supaya kahwin dengan Zura. Aku tak tahulah ubat guna-guna apa yang kau bagi dekat anak aku tu sampai semua yang aku cakap dia tak nak ikut” Datin Maria menarik rambut Alissa ketika dia sedang mengemas ruang tamu.

“Datin, saya tak pernah bagi yang bukan-bukan dekat Haikal. Tolonglah jangan buat macam ni dekat saya datin” alissa merayu apabila Datin Maria menarik rambutnya dengan kuat.

“Kau memang tak layak dengan anak aku. Perempuan tak sedar diri. Cerminlah muka kau tu! Memang bagus pun kau tak ada anak! Aku tak rela keturunan aku lahir dari rahim kau!” begitu sekali bencinya wanita itu terhadap Alissa.

Sebelum dia berkahwin dengan Haikal, ibu mertuanya itu membenarkan mereka berkahwin dengan syarat mereka harus tinggal bersama dengannya setelah berkahwin. Alissa berharap apabila dia duduk serumah dengan ibu mertuanya itu, dia dapat berbaik-baik dengan wanita itu.

Namun, sangkaannya meleset. Wanita itu sebenarnya mempunyai agendanya sendiri. Ketika haikal keluar bekerja, Alissa teruk didera oleh Datin maria. Disuruhnya mengemas rumah, mengemop lantai, membasuh bilik air, membasuh pakaian dengan tangan, dan macam-macam lagi. Alissa tidak dibenarkan makan pada siang hari. Dia hanya dapat berehat dan makan apabila Haikal pulang dari kerjanya kerana Datin Maria berpura-pura melayan Alissa dengan baik ketika di depan anak lelakinya.

Ketika di dalam bilik tidur, Alissa cuba mencari jalan agar suaminya mengikut kehendak ibu mertuanya itu. Dia berharap sangat apabila Haikal mengikut permintaan Datin Maria, wanita aku akan menerimanya.

“Abang, kalau abang sayangkan Lissa, abang kahwinlah dengan Zura” pujuk Alissa.

“Lissa, berapa kali abang nak cakap yang abang takkan kahwin dengan dia? Kenapa susah sangat Lissa nak faham abang?” marah Haikal apabila sering kali isu itu dibangkitkan.

“Lissa buat macam ni sebab Lissa tak nak abang jadi anak derhaka. Cukuplah kita kahwin ni tak dapat restu mak abang. Lissa tak nak mak abang benci Lissa sampai bila-bila” Alissa memegang tangan suaminya dengan penuh kasih.

“Lissa, please jangan buat abang macam ni” Haikal lelah dengan pujukan isterinya.

“Abang kahwinlah dengan Zura, ye. Lissa tetap sayang abang Lissa nak mak abang dapat terima Lissa.” Balas Alissa. Walau dia tahu hatinya kini memang telah terluka. Dia juga sedar yang dia akan berbagi kasih.

“Abang tak tahu nak cakap apa lagi dah” Haikal memandang dinding. Dia tidak sanggup untuk bertentang mata dengan perempuan yang dicintainya itu.

Sebulan selepas tu, Haikal dan Zura pun berkahwin. Mereka tinggal berasingan. Hanya Alissa sahaja masih lagi tinggal di rumah Datin Maria. Dia mengandaikan apabila Zura sudah berkawin dengan Haikal, hati wanita itu akan lembut terhadapnya. Namun, lagi teruk wanita itu mendera fizikal dan mentalnya. Ditambah lagi isteri baru Haikal yang setiap hari datang ke rumah besar itu semata-mata mahu menyiksanya. Setiap hari ada sahaja kata-kata hinaan dan cacian yang dilemparkan oleh Fazura dan Datin Maria kepadanya.

Sampailah satu hari apabila Fazura menyuruhnya meminta cerai dari Haikal.

“Eh, perempuan! Aku nak kau mintak cerai dengan Haikal.” Fazura menunjal kepala Alissa yang sedang mengemop lantai berhampiran dengan kabinet almari kaca.

“Haikal suami aku. Aku sanggup berkongsi hak aku dengan kau. Kenapa kau sanggup suruh aku mintak cerai?”Menitis air mata Alissa apabila Fazura berkata begitu. Hatinya bagai ditoreh dengan belati mendengar permintaan Fazura.

“Kau memang tak sedar diri kan!Aku tak suka berkongsi!” Fazura menolak tubuh Alissa ke lantai. Alissa yang yang sudah tidak dapat menahan sabar lagi lantas bangun cuba untuk menampar muka perempuan di hadapannya itu. Namun Datin Maria pantas menggenggam tangan Alissa dengan kuat.

“Betina tak guna! Kau ni memang tak layak nak masuk keluarga aku! Berani kau nak tampar menantu aku hah?!!”Datin Maria cuba untuk menamparnya kembali. Alissa yang sudah tidak tahan sabar lantas menolak wanita itu hingga terkena perhiasan kaca yang terletak atas cabinet almari kaca.

“Mama!” Haikal yang kebetulan pulang awal dari kerja lantas berlari mendapatkan mamanya. Tangan kiri dan pipi kiri datin Maria luka terkena kaca. Alissa yang terkejut dengan tindakannya lantas meluru mahu mendapatkan ibu mertuanya.

“Aduh! Haikal, Lissa nak bunuh mama. Dia sanggup tolak mama sebab berdendam dengan mama suruh haikal kahwin lagi” Datin maria berbohong.

“Lissa…. Apa yang kau dah buat ni?” tanya Haikal seakan-akan tidak percaya.

“Abang, Lissa tak ada niat nak tolak mak abang sampai macam ni” Alissa cuba mempertahankan dirinya.

“Sayang, I nampak perempuan ni yang tolak mama masa I baru sampai. Nasib baik I datang cepat. Kalau tak, I tak tahulah apa yang jadi dekat mama” Fazura cuba menghasut Haikal. Dia pura-pura memegang tangan datin Maria yang sudah berdarah.

“Lissa, betul ke Lissa yang tolak mama?” tanya Haikal dengan nada kasar.

“Lissa… Lissa tak ada niat” rintih Alissa. Air matanya mula mengalir.

“Tak ada niat?! Habis tu? Saja suka-suka nak tolak mama?!” tengking Haikal. Terperanjat Alissa apabila suaminya menengkingnya begitu.

“Kalau abang nak tahu, mama selalu seksa Lissa, mama selalu hina Lissa” Alissa cuba menerangkan perkara sebenar. Air matanya mengalir.

“Kau jangan nak buat cerita. Kau dah tolak mama, lepas tu kau cakap yang bukan-bukan pasal mama pulak?!” Haikal menuding jari telunjuk ke muka Alissa.

“Abang. Sumpah. Lissa tak ada niat nak bunuh mama. Kalau abang dah tak percayakan Lissa, abang lepaskan Lissa. Lissa dah tak sanggup hidup macam ni lagi” Air mata Alissa sudah mengalir deras di pipinya. Dia berharap suaminya akan mempercayainya, namun lelaki itu tidak mahu langsung mendengar penjelasannya.

“Kau nak sangat kan cerai. Sekarang jugak aku ceraikan kau” Haikal yang tercabar dengan kelantangan suara isterinya itu lantas menceraikan Alissa. Datin Maria hanya tersenyum di dalam hati melihat adegan itu. Akhirnya dapat juga dia menghalau perempuan itu dari rumahnya. Tidak kisahlah luka kat tangan ni, asalkan dapat dia hapuskan perempuan itu, memang merupakan kegembiraan baginya.

“Ya, Allah! Sampai hati abang buat Lissa macam ni” Lissa terduduk di lantai.

************************

Deringan telefon mematikan lamunan Alissa.

“Assalamualaikum” Alissa memulakan bicara.

“Wa’alaikumsalam. Ni Lissa ke?” tanya suara garau di hujung talian.

“Ye. Ni siapa?” tanya Alissa

“Haikal” Alissa terkaku. Jantungnya berdegup kencang.

“Owh. Sorry saya tak ada nombor awak.”

“Saya still guna nombor lama. Awak je yang dah tukar” balas Haikal.

“Kenapa ye awak call?” tanya Alissa. Dia malas mengungkit kisah lama.

“Esok free tak? You owe me one thing” Haikal berseloroh.

“Boleh je. Dekat mana” Alissa tersenyum sendiri mendengar permintaan Haikal.

“Dekat Wangsa Walk. Awak bawak lah papa Daniel sekali. Boleh kenal-kenal” Haikal berkata. Alissa menelan air liurnya. Dia tersenyum sendiri.

“InsyaAllah” Alissa membalas.

***********************

Lissa, knp awk x dtg skali ngn husband awk?

Mesej yang dihantar oleh Haikal selepas dia pulang dari Wangsa Walk dibaca.

Kan sy dah ckp td dia ada hal

Alissa membalas mesej tersebut.

Mmg la awk dah ckp. Tp selalu sy nmpk awk msti berdua je. X prnh nmpk suami awk.

Alissa berkira-kira mahu membalas mesej tersebut ataupun tidak. Setelah beberapa minit, dia mula menaip.

Dah la awk. Sy nk tdo. Salam.

Haikal yang membaca mesej Alissa hanya mampu mengeluh.


*************************

“Kenapa awak tipu saya?” tanya Haikal apabila Alissa baru pulang ke rumah. Dari lepas zohor hinggalah ke petang dia menunggu Alissa pulang.

“Kenapa awak datang sini?” pertanyaan Haikal dibalas dengan pertanyaan.

“Mak awak cakap Daniel tu anak saya. Betul ke?” tanya Haikal.

“Dia anak saya” bidas Alissa yang sedang memegang tangan Daniel.

“Lissa, tak elok cakap macam tu depan budak kecik” Puan Anizah menegur. Dia yang baru keluar dari biliknya mencelah perbualan mereka.

“Daniel masuk bilik, sayang” arah Alissa. Daniel berlari mendapatkan neneknya.

“Mari sini nenek mandikan Daniel. Dah busyuk dah ni” Puan Anizah lantas membawa Daniel ke bilik.

“Saya tunggu awak lima tahun” Haikal akhirnya menuturkan kata-kata yang telah lama terpendam dalam hati.

“Baliklah Haikal. Saya tak nak dihina macam dulu lagi. Isteri awak perlukan awak” rintih Alissa. Matanya sudah berkaca. Nyata dia masih tidak kuat untuk semua ini.

“Zura dah meninggal dunia masa dia lahirkan anak empat tahun lepas.” Ujar Haikal. Alissa memandang Haikal dengan senyuman yang dipaksa.

“Akhirnya awak ada jugak zuriat dengan Zura, kan” kata Alissa dengan senyuman. Airmatanya sudahpun jatuh ke pipi.

“Tu bukan zuriat abang. Kalau Lissa nak tahu, abang tak pernah sentuh dia dari awal kami kahwin. Hati abang hanya untuk Lissa. Dan abang tak sangka yang dia tengah pregnant masa kami kahwin dulu.” Haikal akhirnya bercerita. Kini, panggilan ‘abang’ yang diucap.  Tiada lagi ‘saya’ ‘awak’.

“Hati Lissa dah hancur. Lissa tak sanggup hidup macam dulu lagi” rintih Lissa.

“Lissa, mama abang mintak maaf pada Lissa. Dia tak sempat nak jumpa Lissa masa dia meninggal tahun lepas.” Kata haikal.

“Masa mama nazak, dia selalu sebut nama Lissa. Dia cakap dia banyak dosa dengan Lissa. Dia nak sangat jumpa Lissa. Dia nak mintak maaf dengan Lissa” Sayu Alissa mendengar khabar itu. Adakah dia patut bertepuk tangan dengan berita itu? Pipi Alissa sudah basah dengan air mata.

“Abang ada cari Lissa. Tapi tak jumpa. Bila abang tanya ibu Lissa, dia cakap dia tak tahu ke mana Lissa pergi. Abang tak boleh cari jauh-jauh, sebab mama tengah sakit masa tu. Abang kena jaga mama.” Sambung Haikal.

“Abang mintak maaf sebab abang tak dapat pertahankan ikatan kita dulu. Abang terlalu ikutkan perasaan. Abang tertekan Lissa. Tak ada siapa boleh faham abang. Abang terlalu cintakan isteri abang. Tekanan dari mama, tekanan dari perkahwinan abang dengan Zura, dengan kat tempat kerja lagi. Akhirnya abang hilang orang yang paling abang sayang.” Luah Haikal. Merah matanya menahan hiba di hati.

“Lissa, masa mula-mula abang jumpa Lissa haritu, abang gembira sangat. Tapi bila nampak Daniel, abang terus frust. Abang ingat Lissa dah kahwin lagi” ujar Haikal.

“Tadi baru ibu Lissa cerita yang Lissa pergi rumah makcik Lissa dekat kanada. Pandai ibu Lissa rahsiakan dari abang dulu. Kenapa pergi jauh sangat?” tanya Haikal.

“Sebab Lissa tak mampu nak tanggung cinta abang. Sebab Lissa terlalu sayangkan abang” rintih Alissa. Dia kini sudah pun duduk di lantai. Air matanya yang mengalir diusap.

“Lissa, Daniel tu anak abang, kan?” duga Haikal.

“Ha’ah. Daniel tu anak abang. Masa Lissa pergi kanada sebulan lepas naik mahkamah tu baru Lisa tahu yang Lissa dah pregnant tiga bulan” terang Alissa.

“Dah besar anak abang. Abang mintak maaf sebab tak dapat sama-sama jaga anak kita dulu” ujar Haikal.

“Daniel lah satu-satunya pengubat rindu Lissa pada abang. Mata Daniel sama macam mata abang. Senyum dia, sebijik macam abang” Luah Alissa dengan senyuman.

“Lissa, please jadi isteri abang untuk sekali lagi” pinta Haikal bersungguh. Dia menggenggam tangan Alissa.

“Abang dah tak sanggup nak tanggung rindu abang pada Lissa” sambungnya.

“Lissa pun dah tak sanggup nak lari jauh dari abang” balas Alissa. Akhirnya masih ada jodoh lagi antara mereka. Dia bersyukur kerana Haikal adalah jodohnya.

“Malam ni kita pergi pejabat agama ye, sayang” Haikal lantas memberi cadangan.

“Ish, abang ni. Tak sabar-sabar. Tunggu lah esok” Alissa ketawa melihat gelagat Haikal yang seakan-akan tidak sabar untuk ke pejabat agama.

“Tak sanggup dah nak tunggu esok. Lima tahun abang tunggu. Lama tau!” seloroh Haikal.

“Eleh, macam dia sorang je yang tunggu. Lissa pun masih mengharapkan abang tau selama lima tahun tu” pintas Alissa.

“Sayang, I love you” Haikal mengungkapkan kata cintanya.

I love you too” balas Alissa.

I love you more, sayang” Haikal membalas balik. Sesungguhnya dia bersyukur kerana dia dipertemukan kembali dengan insan yang dicintainya.


‘Terima kasih Ya Allah untuk takdir ini’ desis hatinya dengan penuh kesyukuran.



1 comments:

 
Toggle Footer
Top