Sample Text Link

Sunday, April 20, 2014
0 comments

#rabak1 - KERANA DIA LELAKI ITU

11:00 PM
Kau kata kau tak bahagia dengan dia..
Yang selalu tanya khabar diri kau
Yang selalu kisah tentang diri kau

Kau kata kau tak bahagia dengan dia..
Yang selalu menjadi teman kau
Yang sentiasa ada bila susahnya kau

Kau kata kau tak bahagia dengan dia..
Yang sanggup berbelanja untuk kau
Yang sanggup berlapar untuk kau

Kau kata kau tak bahagia dengan dia..
Yang tak pernah merungut tentang kau
Yang tak cukup tidur untuk kau

Kau kata kau tak bahagia dengan dia..
Yang pernah tunggu dalam hujan kerana kau
Yang sanggup letih untuk kau

Kau kata kau tak bahagia dengan dia..
Yang hanya senyum bila kau marah
Yang hanya diam bila kau bentak

Kau kata kau tak bahagia dengan dia..
Yang tak nampak apa kurangnya kau
Yang mengiyakan kurangnya dia dari kaca mata kau

Ya—
kerana dia lelaki itu
Yang punya rasa cinta.

Ya—
kerana dia lelaki itu
Yang punya rasa sayang.

Ya—
kerana dia lelaki itu
Yang tahu, tak ternilai harga seorang perempuan

Ya—
kerana dia lelaki itu
Yang hanya hamba tuhan, tak pernah sempurna.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya—
kerana dia lelaki itu
Yang sangat yakin kau akan berubah.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top