Sample Text Link

Sunday, April 20, 2014
0 comments

MENJINAK NAFSU

9:30 PM
Assalamualaikum..

Aku sekarang ni tengah mempunyai nafsu yang meluap-luap untuk menaip disebabkan banyak benda dalam kepala otak aku yang aku nak luahkan. Kalau la kepala aku ni boleh muntah, aku rasa dah lama dia muntahkan segala isi yang aku fikir dalam otak ni. Banyak benda yang aku nak taip, nak luahkan, tapi bila jari-jemari aku sentuh je keyboard, semua jadi lost. Aku tiba-tiba tak ada idea untuk menaip. Tapi disebabkan keinginan aku yang meluap-luap, aku nak jugak buat entri ni. Apa yang aku nak sampaikan untuk entri ni adalah tentang nafsu. Ya, nafsu.

Menjinak nafsu.

--Why jinak? Kenapa tak guna perkataan kawal? 
Oh,  ia hanya perkataan yang berbeza tetapi membawa maksud dan tujuan yang sama.

Aku nak selitkan kat sini macam mana bermulanya ungkapan yang kita biasa dengar tentang “perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal, lelaki mepunyai 9 akal dan 1 nafsu”. Ungkapan ni tak ada dalam Al-Quran dan Hadis. Ungkapan ni sebenarnya daripada kisah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al-Basri.


Macam ni ceritanya…


************
Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabiah Al Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya.
Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?”
Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.”
Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?”
Mendengar jawapan itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

************

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai nafsu. Nafsu makan, nafsu bershopping, nafsu nak fb hari-hari, nafsu stalk orang, dan seumpamanya. Tapi aku nak spesifikkan nafsu ni kepada skop yang lebih kecil iaitu nafsu syahwat.

Well, mungkin korang rasa ‘ewww-ewww’, rasa nak muntah, sebab aku cakap tentang nafsu syahwat ni. Tapi percayalah, nafsu inilah yang paling bahaya kalau kita tak pandai menjinakkannya. Sedangkan Zulaikha pun tidak mampu untuk mengawal nafsunya apabila berada dekat dengan Nabi Yusuf, inikan pula kita yang hanya mempunyai iman senipis kulit bawang.

Kita sebagai manusia, tak kiralah lelaki atau perempuan, tetap ada nafsu. Cuma nafsu antara lelaki dan perempuan ni berbeza. Tapi bila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan, maka sang syaitan akan memulakan misi pentingnya. Untuk nafsu yang satu itu. Pernah tak time korang tengah dating atau berdua-duaan dengan pasangan korang, hati korang terdetik ‘bestnya kalau dapat lama-lama dengan dia’, ‘bestnya kalau dapat pegang tangan dia’. Pernah tak? 

Gelojak nafsu itu suatu yang normal. Sebab manusia memang dijadikan dengan ada nafsu. Cuma bagaimana kita nak kawal nafsu, tu yang kita kena belajar. Dan jangan sampai kita tewas dengan nafsu kita sendiri.




So, macam mana kita nak jinakkan nafsu yang satu itu supaya kita dapat mengawalnya?

1. Sentiasa ingat mak ayah.
Kenapa kena ingat mak ayah? Kenapa tak suruh ingat Allah? Well, Mostly bila dating, kita rasa seronok je sebab dapat jumpa pasangan kita. Rasa dunia ni hanya kita berdua je. Rasa best. Rasa nak sentiasa ada dengan dia je. Perkara paling senang dan paling simple adalah mak dan ayah. Kalau korang tak dapat nak ingat dan fikir Allah time korang nak buat sesuatu yang melampaui batas, please sekurang-kurangnya ingat mak dan ayah korang. Kalau korang rasa nak pegang sangat tangan awek or pakwe korang, please ingat mak dan ayah korang dulu. Ingat masa kecik, mak dan ayah korang kalau boleh, seekor nyamuk pun diorang tak bagi hinggap kat anggota badan korang. Punya la diorang jaga betul-betul. Tapi bila korang dah besar, tak kan korang sesuka hati senang-senang nak bagi pakwe korang yang belum tentu jadi suami korang pegang-pegang tangan korang. Dan paling sedih, dosa korang buat benda tu ditanggung oleh ayah korang. Ingat, lelaki yang bergelar suami/bapa sebenarnya memikul dosa isteri dan anak-anak perempuannya yang belum berkahwin.

2. Sentiasa sibukkan diri.
Pada sesiapa yang suka sangat tengok benda-benda yang tak sepatutnya, silalah kurang-kurangkan. Kalau boleh, tak payah tengok langsung. Cuba sibukkan diri korang dengan buat kerja, kemas rumah, jogging, bersembang dengan kawan-kawan korang. Make sure korang tak sorang-sorang.

3. Puasa.
Kalau korang tak dapat sangat nak kawal nafsu korang tu, asal tengok perempuan je, korang dah rasa lain macam, bila dekat dengan perempuan je, dah terbayang macam-macam, lebih baik korang berpuasa. This is the best way untuk kawal nafsu. Dalam Islam, nafsu hanya dapat ditundukkan apabila kita berpuasa. Mesti korang pernah dengar tentang kisah Allah ciptakan nafsu kan. Pertama kali Allah ciptakan nafsu, Allah bertanya “Siapa AKU dan siapa kau” nafsu dengan rasa angkuh menjawab “Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku”. Allah murka lalu dilemparkan nafsu ke dalam neraka dan dibakar selama 100 tahun. Lalu diambilnya dan ditanya “Siapa AKU dan siapa kau”. Nafsu sekali lagi menjawab “Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku”. Allah kemudian menghukumnya dan tidak diberi makan. Maka sang nafsu menyerah dan berkata “Wahai Allah, Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu”.

4. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah.
Sentiasa perbanyakkan zikir dan solat di awal waktu. Ibadah kita menghasilkan sikap kita. Sekiranya kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah, InsyaAllah kita akan sentiasa terpelihara. Kalau kita tak dapat kawal nafsu syahwat tu, tentu kita rasa rugi dengan pahala kita yang hilang kalau hanya disebabkan tak dapat kawal nafsu syahwat kita. Sebagai hamba, kita wajib taat dan patuh dengan perintahNya. Dalam Al-quran juga ada  menyuruh agar kita menundukkan pandangan. 
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [QS. An-Nuur : 30-31].

5. Berdoa mohon agar dijauhkan dari maksiat.
Kalau tak silap aku, ada doa khusus memohon untuk dihindari dari maksiat. Tapi aku tak pernah nak hafal. Aku just doa dengan cara aku. Dengan bahasa aku. Korang, tiap kali lepas solat, mohonlah agar kita dijauhkan dari berbuat maksiat. Doalah, minta pada tuhan agar hati kita benci dengan maksiat. Doalah, agar orang yang kita sayang juga benci dengan maksiat. InsyaAllah kita dapat menjinakkan nafsu kita.







0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top