Sample Text Link

Monday, October 14, 2013
0 comments

Jaga Tutur Bicaramu Wahai Ibu

10:56 PM
Salam Aidiladha korang.

Aku pernah terbaca artikel tentang macam mana untuk mendidik anak kecil. Fuyooo. (Tau lah tengah darah-manis sekarang. Rasa diri ni macam emak-emak pulak). Hehe.

 Ok, berbalik pada topik. Pernah tak kita terfikir bahawa setiap bait tutur kata kita dan setiap perlakuan kita  sebenarnya akan diikut oleh anak kecil. Lagi-lagi yang melakukan benda tu adalah mak bapak budak kecik tu sendiri. Sebelum ni aku pandang remeh pasal benda ni. Sebab dalam mind set aku, aku fikir "apa yang budak kecil tahu. Dia tak faham apa-apa pun"

Well, kalau ada sesiapa yang ada mind set macam aku, better korang buang pemikiran yang macam tu. Actually, mengikut pengajian psikologi yang dah-lama-aku-belajar-dan-tinggalkan, budak kecil akan memerhati semua yang diorang nampak. Daya ingatan diorang sangat kuat. Pada umur diorang dalam usia 1 tahun hingga 5 tahun, pemerhatian dan pendengaran mereka sangat kuat. Sebab tu, ibu bapa seharusnya bercakap dengan kata-kata yang baik dan menunjukkan contoh yang baik. Sebab, kalau masa kecik, budak-budak tu dah biasa dengar perkataan yang tak elok, diorang akan ikut perkataan yang kita cakap. Sebab, budak-budak ni belajar daripada pemerhatian diorang.

"Aiman, jangan la kacau ibu tengah buat kerja.Ibu sekeh kepala kang"

Well, ayat 'sekeh kepala' tu aku dengar sendiri daripada mulut ibu tersebut. Mula-mula aku terfikir, "fuyoo, sempoi gila mak budak ni". Tapi, lepas tu aku mula berfikir, macam mana kalau aku ada anak nanti. Adakah aku akan cakap macam tu kat anak aku? Kita nak anak kita menjadi anak yang taat dan dengar cakap kita. Kita rasa kita dah didik anak kita dengan didikan yang betul. Tak bagi anak kita buat benda yang bukan-bukan, jangan itu, jangan ini. Semua yang tak elok, kita tegah anak kita buat Tapi, kita terlepas pandang perkara-perkara yang kita anggap remeh. Seperti percakapan seharian kita, perbuatan seharian kita. Ingat, anak-anak kecil belajar melalui pemerhatian diorang.

Anak: Ibu, mamat nak main game.
Ibu : Tak boleh. Pergi buat kerja sekolah dulu.
Anak: Ala, lepas main game nanti mamat buat la.
Ibu: Jangan nak ngada-ngada.
Anak: Mamat tak nak makan la macam ni.
Ibu : Ada ibu kesah? (ayat gurau sambil tersenyum kepada anaknya). Dah, pergi buat kerja sekolah dulu.

Nampak tak apa yang silapnya pada perbualan kat atas ni? Ayat 'ada ibu kesah' tak sepatutnya dituju kepada anak kita. Memang ibu tersebut mahu bergurau dengan anaknya, tapi anak itu sebenarnya mencerna perkataan itu masuk ke dalam otaknya. Dan tidak mustahil kalau satu hari nanti dia memulangkan balik ayat itu kepada ibunya apabila ibunya menyuruh untuk melakukan sesuatu.

Mendidik anak ni bukan perkara yang mudah seperti yang kita sangkakan. Anak adalah amanah Allah kepada kita. Oleh itu, didiklah anak dengan penuh kasih sayang dan jaga setiap butir bicara kita pada mereka. Selamat mendidik anak-anak! =)



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top