Sample Text Link

Thursday, October 3, 2013
0 comments

Antara kawan dan...

7:00 PM
Pernah tak korang rasa bila korang dah berkapel, member korang seakan-akan menjauhkan diri dari korang?

Pernah tak korang rasa bila korang dah bercinta, member korang dah jarang ajak korang keluar sama?

Pernah tak? Pernah tak?
Kihkih!


Aku pernah rasa macam ni. Masa kita single-single, kita banyak habiskan masa dengan kawan-kawan yang single-single jugak. Makan, lepak, tengok wayang, bowling, karok (ops!), semua tu kita banyak buat dengan kawan-kawan kita kan.

Tapi, bila kita dah double (ngeh-ngeh), kita banyak habiskan masa dengan pasangan kita. Betul tak?

Sebenarnya, kawan-kawan kita tak pernah jauhkan diri dari kita.
Mereka tak pernah lupa untuk mengajak kita have fun dengan dorang macam selalu.

Dan bila sampai satu masa, mereka tidak lagi mengajak kita keluar sama-sama,
lepak sama-sama,
karok sama-sama,
tengok wayang sama-sama,
hang out sama-sama,
jangan nak salahkan dorang pulak.

Kerana mereka sebenarnya sudah tahu jawapan yang akan keluar dari mulut kita.
Dan dorang akan have fun dengan member yang lain. Babai la..*lap air mata*

Tapi itulah hakikatnya.

Bila kita dah berpasangan, kita sebenarnya sudah mempunyai komitmen baru. Tak salah untuk keluar dengan pasangan korang (termasuk aku.. ngeh2), tapi jangan lupa ambil masa juga untuk kawan-kawan kita yang selalu ada dengan kita.


Friends last forever uolls!




Sila jangan nak terasa lebih-lebih, okeh! kuikui!

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top