Sample Text Link

Thursday, September 19, 2013
4 comments

Bayar PTPTN weiii!!!!!

7:22 PM
Semenjak kes PTPTN yang nak dimasukkan dalam CCRIS, aku seram sejuk je dengar pasal benda ni. Lepas tu cepat-cepat la tanya kawan-kawan bagai macam mana cara nak bayar PTPTN yang paliiiiiiiiiiing mudah sekali. hahaha. Giler pemalas kan aku.Diorang pon ada jugak yang tak start bayar lagi. So, bila keputusan mesyuarat jemaah menteri tak jadi nak teruskan cadangan untuk letakkan peminjam PTPTN bawah CCRIS ni,aku pon boleh tarik nafas lega..

Nasib baik aku ada tanya sorang kawan aku ni pasal nak bayar PTPTN. Dia cakap guna maybank2u pon boleh... semua di hujung jari je sekarang uollss.. pheeewww.. Lega ak!

Before tu, aku nak terangkan apa sebenarnya CCRIS ni. CCRIS ni sebenarnya sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam seperti yang dilaporkan oleh institusi kewangan. Melalui sistem ni, mana-mana peminjam yang degil/ingkar/derhaka nak bayar balik PTPTN akan berdepan masalah untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman yang lain termasuk perumahan, kenderaan, sewa beli dan lain-lain. Kiranya, kalau korang tak bayar PTPTN, susah la nak buat loan. Gitu la ceritanyaaaa....


So, siapa-siapa yang nak tau cara mudah bayar PTPTN melalui maybank2u, meh sini aku bagitau.. Before nak bayar tu, benda paling penting sekali korang mesti ada nombor rujukan korang sebagai peminjam PTPTN. Nak dapatkan no. rujukan tu korang boleh call PTPTN (03 2080 4455). 


Here we gooooo....

Login maybank2u kunun-kunun nak start bayar PTPTN ni..

1. klik kat "Accounts & Banking"


2. Lepas tu klik "Bill Payment"


3. Klik "Make a one-off payment"


4. Korang akan nampak "view all payees by category". So, korang pilih "All Payee". Klik "continue".


5. Then kat situ, ada banyak payee. So, korang pilih "PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan". Klik "continue".


6. Ha, dekat sini korang kena masukkan amount yang korang nak bayar. 50 hengget ke, 100 hengget ke, ikot suka korang la. Tapi yang penting kena ada nombor rujukan PTPTN dan IC korang. Masukkan no. rujukan dan ic kat tempat yang disediakan. Jangan lupa klik "continue".. heheh.


7. Masukkan nombor TAC. Korang kena klik kat "Request TAC Number". Bila dah dapat TAC tu, masukkan TAC dan klik "confirm"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SELESAI
(Jangan lupa print statement yang menunjukkan korang dah bayar PTPTN sebagai simpanan korang)



Senang kan. Pheeewwww!

Ada sekali tu masa aku balik kampung, mak aku tanya pasal PTPTN.

Emak: Dah bayar ptptn belum?
Aku: Dah bu. Guna maybank2u je.
Emak: Ha, bagus-bagus. Ibu suka dengar kakak dah bayar ptptn. 
Aku: Errrr.... (terkedu)

4 comments:

  1. byr jgn x byr.. huhu

    ReplyDelete
  2. as'salam..nak tny,no rujukan berapa digit ye?sbb sy punya surat tawaran dah lesap..tapi nombor surat tawaran ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No rujukan yg sy dpt mse call ptptn tu 8 digit. Nk lbeh kompom, better awk cal ptptn. hope ni dpt mmbantu. :-)

      Delete

 
Toggle Footer
Top