20 AUG 2013
Aku ada terbaca artikel mengenai haram bercouple. Banyak quote tentang couple tu haram. Walaupun tak buat perkara-perkara
mungkar, tapi terdapat sesetengah golongan yang begitu stereotaip tentang
couple. Mereka mengatakan yang couple
tu haram sebab menghampiri kepada zina. Kalau pasangan tu bercinta je mesti
dikatkan dengan couple. Kalau couple je, mesti dikaitkan dengan zina hati, zina
mata and so on. Dengan pandangan
sebegini, cinta menjadi sempit dan kelihatan buruk untuk wujud dalam jiwa
manusia.
Tak boleh nak salahkan jugak mereka-mereka yang terlampau fanatik dengan quote ‘couple tu haram’.
Sebab memang begitu cinta yang diwarnakan dunia. Cinta diwarnakan dengan pegang
tangan antara bukan muhrim, berdua-duaan, sanggup habiskan kredit semata-mata
nak bergayut dengan cik awek dan encik pakwe, dan tak kurang jugak ada yang
sanggup menggadaikan maruah atas nama cinta. Disebabkan inilah ‘ahli agama’ dan
mereka yang islamik mengatakan couple tu haram. Sebab cara pasangan itu
mencorakkan cinta dengan corak yang kotor.
Terdapat juga quote yang aku selalu baca di laman-laman
Facebook dan twitter yang agak islamik sehingga timbul kepercayaan yang
pelik-pelik.
“Saya menanti dia yang sudah tertulis untuk saya di Loh
Mahfuz”
“Cinta selepas nikah itu lebih baik”
“Say no to couple”
Jodoh tu ketentuan Allah. Kita tak tahu siapa jodoh kita.
Jadi, bagaimana ‘menanti’ itu boleh dijustifikasikan sedangkan Allah sendiri
memberikan isyarat supaya kita memilih jodoh kita.
“Dan janganlah kamu
berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman
(memeluk agama Islam), dan sesungguhnya hamba perempuan yang beriman itu lebih
baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki
kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya
hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun
keadaannya menarik hati kamu”
(Surah Al-Baqarah : ayat 221)
“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari
kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan
kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan
mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.”
(Surah An-Nur : ayat 32)
Kalau dah ditetapkan di Loh Mahfuz, kenapa Allah bagi arahan
untuk memilih antara yang musyrik dan yang beriman? Memang lah Jodoh, rezeki,
ajal maut semua tu dah ditentukan. Kenapa dalam bab cari makan, kita tahu untuk
berusaha. Tapi dalam bab jodoh pula, kita hanya ‘menanti’? Dalam bab jodoh,
kita hanya mahu ‘berdiam diri’?
Akhirnya, golongan ‘ahli agama’ dan ‘islamik’ inilah yang membuatkan cinta itu menjadi
sempit. Ini tidak boleh. Begitu tidak boleh. Kononnya mahu ‘menjaga’. Jangan
terkejut disebabkan terlalu islamik, ada tunang yang tidak mahu bercakap dengan
tunangnya melalui telefon meskipun dalam urusan perkahwinan. Kononnya, zina
mulut. Akhirnya mereka salam faham dan hubungan menjadi retak.
Cinta itu fitrah. Fitrah yang Allah bagi kepada makhluk-Nya
yang istimewa iaitu kita. Jadi, kita yang mencorakkan cinta itu. Cinta itu
suci. Sama seperti bayi yang baru lahir, ibarat kain putih. Terpulang kepada
ibu bapa bagaimana untuk mencorakkan kain itu, sama ada berwarna merah,
biru,kuning ataupun hitam.
Cinta tidak haram selagi kita tahu untuk mencorakkannya.
Allah juga memberikan tunjuk ajar dan garis panduan kepada kita semua tentang
batas-batas dalam pergaulan.
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah
lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat."
(Surah An-Nur, ayat 30)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”
(Surah An-Nur, ayat 31)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al-Israa’, ayat 32)
Ramai yang kata mengingati dan merindui itu boleh jatuh
kepada zina hati. Tapi sebenarnya ia adalah salah. Zina hati bermaksud bila
kita inginkan seseorang dari sudut nafsu dan berahi. Sama jugak dengan zina
mata. Rindu itu satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Kita bukan
malaikat yang tidak mempunyai nafsu dan tiap saat beribadah kepada Allah.Kita adalah
manusia yang dikurniakan perasaan. Sekarang ni, terletak di bahu kita bagaimana
untuk kita mencorakkan cinta dan ‘couple’ itu. Sekiranya kita benar-benar
cinta, mestilah kita mahu bersama hingga ke syurga. Betul tak? Dan semestinya
kita akan mengawal diri kita dan menjaga batas-batas pergaulan di samping
berusaha untuk mempersiapkan diri untuk mendapat jodoh yang baik.
Aku nak share kat korang tentang hukum couple/bercinta yang
aku baca kat IslamGrid which is hak milik JAKIM sepenuhnya:
Soalan:
Salam, Saya ada mendapat emel dari rakan.. mnceritakan
tentang haramnya hokum bercinta/couple.. Soalannya, adakah benar bercinta itu
haram? Bukankah perasaan ingin disayangi & dikasihi itu satu fitrah bg
seorg manusia?jika dilarang bercinta, bkn kah itu berlawanan dengan fitrah
manusia itu sendiri? Bukan saya hendak memandai, tp meluahkan rase hati.. saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan
ini dengan selengkap supaya mudah untuk saya menjelaskan kepada saudara2
seislam kita yang lain..
Jawapan: Harus bercinta dengan seseorang dengan syarat
menjaga batas-batas pergaulan dan aurat. Di larang bergaul secara bebas antara
lelaki dan perempuan kecuali jika ditemani mahramnya dan menutup aurat serta
menjaga bahasa ketika berkomunikasi di antara lelaki dan perempuan. Salah satu
golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah di akhirat adalah orang yang
bertemu dan berpisah kerana Allah. Yang dimaksudkan dengan mencintai seseorang
kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut:
- 1. Mencintai seseorang ikhlas kerana Allah tanpa kepentingan apa-apa.
- 2. Menyintai seseorang tidak mengatasi Allah, Rasul dan kedua ibubapanya.
- 3. Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.
Korang boleh tengok kat gambar bawah ni:

Sambungan:
![]() |
Soalan lain yang berkenaan dengan hukum bercinta.
![]() |
Soalan mengenai zina hati:
![]() |
Cinta itu fitrah. Cinta mampu dikawal, sekiranya diajar
definisi cinta yang sebenarnya. Bahkan, islam itu indah. Islam menyediakan cara
hidup yang indah, supaya manusia tidak terbeban.
![]() |
Islam itu kan indah. =) |
baru faham.. tq!
ReplyDelete