“kalau ada jodoh tak kan ke mana”
Ayat itulah yang selalu aku
dengar. Ya, memang betul yang jodoh, rezeki dan mati dah ditentukan. Tak boleh
diubah. Tapi bagi aku jodoh perlu usaha. Tanpa usaha, kita tak kan dapat jodoh
kita. Sama jugak dengan rezeki. Orang selalu cakap “rezeki ada kat mana-mana
je”. Rezeki tak kan jatuh bergolek kalau kita duduk diam tanpa buat apa-apa.
Betul tak? Benda ni lebih kurang sama je.
Bagi aku orang yang cakap
“kalau jodoh tak ke mana” dan tak ada usaha nak dapatkan jodoh dia ni macam
loser je. Hahaha. No offend k. Cuba bayangkan, kita mengharapkan jodoh kita.
Tapi kita takut untuk bercinta atas alasan takut tak kekal, takut lelaki tu
mainkan kita, takut awek tu social la dan bla bla bla. Come on la. Bencinta ni
satu konsep pembelajaran tau. It’s ok kalau hubungan tu putus kat tengah jalan.
Sekurang-kurangnya kita pernah rasa perasaan tu. Ni kalau tak nak mencuba macam
mana nak tau dia tu jodoh kita ataupun tak. Andai kata sebenarnya jodoh korang
kat oversea. Pergh, nak yang jauh-jauh. Hahaha. Ok2, andai kata jodoh korang tu
tinggal kat oversea. Macam lagu Isabela. Terpisah antara dua benua.
Korang yang dekat Malaysia ni dok tunggu jodoh korang. At least korang try la
usha awek-awek comel. Ni tak. Malu la, segan la, tak ada masa la and so on.
Bila korang dah suka kat
perempuan tu, korang usaha la nak tackle dia. Lepas dah kapel tapi jodoh tak
panjang, mesti la korang akan frust menonggeng kan. Then, korang kan loaded.
Korang pon bawak la hati yang lara ni pergi oversea. Nak lupakan kenangan dulu.
Then, kat sana korang bertemu dengan jodoh korang. The end. See, kalau korang
tak bercinta dan tak putus macam mana korang nak bawak diri pergi oversea dan
terjumpa dengan jodoh korang? Hahahaha… it’s just a theory yang aku fikir
bahawa jodoh tu tak kan datang kalau kita tak berusaha untuk mencarinya. Ada
yang cakap “aku tiap-tiap hari lepas sembahyang berdoa supaya Tuhan temukan aku
dengan jodoh aku. Usaha jugak la tu”. No. Itu bukan usaha. Itu tawakal namanya.
Doa perlulah diiringi dengan usaha. Doa adalah simbol kita berserah diri
setelah kita berusaha terhadap sesuatu.
So, kepada siapa-siapa yang
masih single silalah berkapel. Haha. Ok, tak. Siapa-siapa yang masih single tu
cuba-cubalah melakukan aktiviti yang melibatkan pergaulan dengan orang ramai.
Jangan segan-segan. Manalah tahu antara mereka itu adalah jodoh anda. Kepada
yang dah berkapel pulak, jangan nak gatal-gatal usaha cari yang lain. Tu cari
bala namanya.
0 comments:
Post a Comment