Sample Text Link

Saturday, April 2, 2011
0 comments

Bukan Kerana Nama

10:19 AM
2 APR 2011

Aku teringat lagi masa aku wat lab kimia. Masa tengah buat eksperimen tu ada la instrustor tu yang aku tak ingat namanya panggil sorang budak. 

Instructor : Salmah.. Salmah... pe nama dia.. Salmah.. eh, meh sini sat.


Kitorang pon wat bodo je la. Tapi tetiba jer aku terfikir. Kat lab 
KUT203 kitorang ni mana ada budak nama Salmah.

La, rupa-rupanya instructor tu panggil aku. Aku da nak tergelak berguling-guling dah kat atas meja yang penuh dengan buret, pipet, conical flask dalam lab tu. Dan aku rasa nak je aku sumbat instructor tu dalam oven yang kitorang guna untuk keringkan product yang dah jadi. Geram tahap 
hydrogen peroxide betol. Sebab nama aku bukan Salmah.

Pastu masa aku tengah buat eksperimen dia pun datang la kat meja aku. Then dia tengok buku manual lab aku. nama dah tertera dengan nama aku
"Pojie".



Instructor : Apa nama kamu sebenarnya?
Aku          : Pauziah
Instructor : owh... napa tak panggil ziah ke, pau ke.. Saya dok dengar kawan kamu panggil pojie pojie. 
Ingatkan tu nama boyfriend kamu.
Aku       : (terkesima sekejap). Apekah??!! Memang nak kena sumbat betol la instructor ni dalam oven besar kaler putih tu.


Tapi ayat yang last tu aku tak cakap la. Aku memang kan 
baik.












p/s: Rindu pulak nak buat lab lagi. Tumpahkan 
HCl yang berkepekatan 12 Molar. Pergh, berasap lantai beb sebab aku tumpahkan menatang tu. Serius tak tipu.  haish!





0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top