Sample Text Link

Friday, April 9, 2010
0 comments

Kucing Suka Aku

10:29 PM

9 APR 2010

Suasana nyaman, tenang dan damai ketika aku melangkah keluar dari bilik untuk menjamu selera di kedai makan. Angin sepoi-sepoi bahasa. Cahaya bersatu dengan alam membuatkan malam menjadi begitu indah. Aku dan member aku berjalan menuju ke kedai makan.  Kami memilih port yang baek punya dan datanglah insan-insan terpilih untuk mengambil order. Sementara menunggu hidangan nasi goreng ayam blackpaper dan air kosong sampai, aku melihat alam ciptaan Tuhan. Bulan dan bintang bagaikan irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Sedang asyik mengagumi keindahan alam ciptaan Tuhan, sampailah makanan kitorang. Aku makan dengan sopan tenang sekali.


Dush! (bunyi air tumpah)
Ya, tu bunyi gelas jatuh. Tangan aku dengan tidak sengaja telah menampar gelas air kosong  dengan kelajuan 90km/j. Elok je gelas tu tergolek atas meja sambil air tu tumpah. K, takpe-takpe. kool pojie. kool. Oleh sebab meja kitorang dah banjir, aku mengesyorkan kat kawan aku pindah meja sebelah. Insan yang ambik order kitorang tu pon datang nak lap meja yang banjir tu.
Dengan selamba badaknya,
Aku                           : nak air kosong free lagi boleh tak?
Insan si tukang order  : (senyum) boleh-boleh.



Kat meja sebelah pulak.
Aku masih kool. Small matter la bnda tu. Tiada gangguan. Tenang yang ku cari. Aku makan.
Miaw..miaw..
Ya, tu adalah bunyi kucing. kool pojie. kool.
Tapi aku memang tak boleh kool lagi bila kucing tu dengan selamba mak bapak tiri sebelah sepupu atuk dia telah mengangkat dua belah kaki depan dia dan letakkan kat atas paha aku. Gila terkejut! nasib baek aku tak melatah. Aku kan kool.

Sekali. Aku berhenti makan. Aku bagi dia kulit udang member aku punyer.

Dua kali.  Aku berhenti makan. Aku still kool. Aku bagi lagi kulit udang.

Tiga kali. Aku berhenti makan kool. Kulit udang.

Empat kali. Aku berhenti makan. kool. Udang punye kulit.

Orang-orang yang duduk kat belakang meja aku pun cuba untuk menolong dengan panggil si kucing gatal tu datang kat dorang. Kucing tu datang tapi kejap jer. Pastu dia datang kat aku balik.

Lima kali. Aku berhenti makan. fuh! Sabar pojie. Sabar. Kulit udang.

Enam kali. Aku memang tak leh makan dah. Nak nangis sepak je aku rasa. Aku tak kisah kalo si kucing gatal tu nak datang dekat. Tapi aku memang kisah sebab si kucing gatal tu dah buat gangguan seksual ke atas aku dengan letakkan dua belah kaki depannya kat paha aku.

Tujuh kali. Member aku terus cakap, "nape x tendang je kucing nie?" Member aku dengan selamba badak telah menendang kucing tu dengan tendangan jurus 10.
Aku tak mau cakap pape dah.




Kat sini aku nak buat kesimpulan bahawa kucing tu memang ada hati kat aku. Maaf si kucing gatal! aku tak boleh terima kau kerana kita berbeza.

 
si kucing gatal



ni sepupu tiri si kucing gatal



kucing kapel ni kompom gatal









p/s: nasib baek tendangan member aku tu tak kuat. sikit je tendang. hehe.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top