Assalamualaikum.
Bulan lepas aku dengan officemate aku pergi Vietnam.
Kitorang sebenarnya dah plan nak pergi Vietnam ni dari tahun lepas. So,
kitorang dah siap-siap beli tiket awal-awal la. Masa tu Air Asia ada low fare.
So, harga tiket pergi balik total RM207 seorang. Murah kan. Aku dan officemate
aku dah siap survey hotel untuk stay kat sana. Survey untuk transfer and tour
guide sekali. Sebab senang kalau dah prepare awal-awal.
Flight aku pukul 7.10 pagi. Pukul 4.30 pagi aku and
officemate dah gerak ke LCCT. Dalam pukul 5.30 tu kitorang dah sampai kat
airport. Nasib baik kitorang dah buat web check-in online. Tak payah nak beratur untuk
boarding pass. Hihi. Sementara tunggu untuk naik flight, kitorang pun solat
dulu kat sana.
First time naik flight rasa teruja sikit. Hehe.
Biasa la, tak pernah naik. Rupanya kat LCCT ni kena jalan kat laluan terbuka
untuk ke kapal terbang. Tak macam MAS. Laluan tu agak
jauh sikit la. Tapi tak jauh sangat. Cuma, platform untuk ke setiap destinasi
tu pada aku tak berapa sistematik sangat. Sebab platform dia lebih kurang macam
naik bas. Staff tu akan jerit “Penang, Penang!”, “Alor Setar!” So, orang akan
pergi kat laluan tu. Tapi sekarang KLIA2 dah bukak kan. Hopefully much be better.
![]() |
Masa : 6.30 pagi Macam ni la laluannya. |
Lega bila dah masuk dalam flight. Tak payah nak
bersesak-sesak beratur. Ramai jugak rupanya orang yang nak pergi Vietnam.
Benda pertama lepas duduk kat seat tu wajib bergambar! *mata ke atas* Haha. Sila abaikan. Bila kapal terbang tu
start jalan je, aku agak cuak sebab teringat pasal tragedi MH370. Tapi kejap je
aku rasa macam tu. Bila aku tengok kat tingkap kapal terbang tu dah terbang,
aku rasa best la pulak. Huhu. Bila kita dah kat udara, tekanan udara semakin
lama semakin tinggi. Lagi-lagi bila kedudukan kita makin tinggi dari paras
laut. So, kita akan rasa telinga kita kurang jelas pendengaran. Benda ni
disebabkan oleh tekanan. Jadi, korang kena kerap telan air liur. Baru
pendengaran korang akan kembali normal.
Dalam flight tu aku duduk sebelah pasangan cina suami
isteri. Pasangan tu dah tua dah. Mungkin awal 50-an. Aku sempat la berborak
dengan uncle tu sebab uncle tu peramah.
Uncle : You pun mau pergi Vietnam jugak ka?
Aku : Ha’ah uncle. (Dalam hati: dah aku naik satu flight ngan
uncle, kompom la aku pun pergi Vietnam jugak)
Uncle : You pegi dengan siapa?
(sila baca ni kalau tak paham: You pergi dengan siapa? Dengan suami ke? Dengan boyfriend ke?)
Aku : Dengan kawan office (sambil senyum)
Uncle : Ohh. You beli tiket halga belapa?
(sila baca ni kalau
tak paham: You beli tiket harga berapa? murah ke mahal?)
Aku : Dua ratus tujuh ringgit je uncle.
Uncle: Wahh. Manyak mulah aa.. Uncle beli tiga minggu lepas
halga lima latus lebih woo.
(sila baca ni kalau tak paham: banyak murah aa.. Uncle
beli tiga minggu lepas harga lima ratus lebih woo. Rugi-rugi. kenapalah wa beli last minit.. Haiiyyaa).
Aku : Saya beli dari tahun lepas, uncle. Tu yang murah.
Lagipun time tu ada low fare. Hehe
Uncle: wahh.. Manyak untung la you. Dua latus lebih aaa..
Boleh pegi dua kali maa pegi balik Vietnam.
(Sila baca ni kalau tak paham: Banyak
untung la you. Dua ratus lebih aaa.. Boleh pergi dua kali maa pergi balik Vietnam. Kalau wa, dua kali pergi banyak syok maaa.. Bini wa boleh shopping dua kali kat sana. Mau beli baju, lepas tu beli lagi baju, lepas tu beli baju lagi.. Banyak murah.. Kaya woo..)
Aku : (senyum je)
Lepas tu aku tido sementara tunggu makanan yang aku order tu
sampai.
Lebih kurang 2 jam, kitorang dah sampai kat
airport Vietnam. Masa flight dah nak landing, kapal terbang tu akan keluarkan
tayar untuk landing kat landasan. Time tu korang akan rasa terhentak sikit
sebab tayar kapal terbang tu dah cecah tanah. Kalau korang nak tau, Vietnam ni hanya ada 2 airport. Satu dekat Ho Chi Minh dan satu lagi kat Hanoi. Dulu
Vietnam ni berlaku perang saudara antara Vietnam utara (Hanoi) dan Vietnam
selatan (Ho Chi Minh). Tapi sekarang diorang dah bersatu balik. Aku pun ingat-ingat lupa pasal sejarah.
![]() |
Cari tempat untuk imegresen |
![]() |
Arrival |
![]() |
Beratur kat lane Asean Citizen untuk cop passport.
|
Masa kat imegresen. Staff imegresen ni kurang mesra alam.
Senyum pun tak.
Ni masa turn kawan aku. Kena kat kawan aku, kastam ni siap tanya lagi “What is your flight number?”. Nasib baik kawan aku ingat nombor flight. Bila dah
lepas tu, kitorang tunggu yang lain kat kerusi.
Tinggal Kak Sal (officemate
aku) dengan husband die je yang belum lagi. Aku panggil husband Kak Sal tu
Abang Aziz. Tima Abang Aziz nak cop passport, kitorang nampak dia keluarkan
handphone and tunjuk something kat kastam tu. Agak lama jugak la. Akak ofis aku yang lain siap cakap “Ai, husband Kak Sal tu nak ambik gambar dengan imegresen tu ke?”
kitorang masing-masing gelak. Bila Abang Aziz tu dah lepas, dia bagitau la yang
kastam tu cakap kat sini tak boleh ambik gambar. Owh, baru aku tau. Sebab tak
ada pulak signboard dilarang untuk mengambil gambar. Alhamdulillah tak kena
tegur dengan imegresen. Tadi yang aku snap-snap gambar tu nasib baik lepas.
Tapi Abang Aziz pulak yang kena sound dengan imegresen. Mungkin sebab
imegresen tu ingat dia pegang handphone nak ambik gambar. Nasib baik la Abang Aziz ni pandai
jawab.
Welcome to Vietnam!!
Time sampai kat airport, tour guide
kitorang dah tunggu untuk pick up kitorang ke hotel.
Oklah, penat pulak menaip panjang-panjang ni. Next entri aku
akan cerita pasal Bandar Ho Chi Minh ye.
0 comments:
Post a Comment