Ketika Rasulullah menceritakan tentang keimanan
'ikhwan', Baginda bertanya kepada sahabat.
"siapakah
yang paling ajaib imannya?"
Seorang sahabat menjawab, "malaikat..."
Baginda menjelaskan, "bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah
sedangkan mereka hampir dengan Allah.."
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian
mereka berkata lagi, "Para nabi.."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu
diturunkan kepada mereka." jelas Rasulullah..
" Mungkin kami..." celah
seorang sahabat...
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada
ditengah-tengah kamu.." Rasulullah menyangkal..
"kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-NYA sahaja yang
lebih mengetahui.." jawab seorang sahabat..
"kalau kamu ingin tahu siapa mereka? mereka ialah umatku yang hidup selepasku. mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua
isinya..berbahagialah orang yang dapat bertemu dan beriman denganku...dan tujuh
kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa
denganku.." jelas Rasulullah...
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Sedarkah kita? Tahukah kita, siapakah 'ikhwan'
Baginda? Siapakah yang Baginda rindu ingin bertemu?
Mereka adalah kita. Umat Rasulullah.
“SELAMAT MENYAMBUT ISRA’ & MIKRAJ”
0 comments:
Post a Comment