25 JUL 2010
Semalam aku dapat satu sms dari
kawan aku yang dah lama sangat aku lost
contact dengan dia. Then,
kitorang pon sembang-sembang la. Aku tanya dia dah kawen ke. Dia cakap yang dia
dah kawen. Dah ade anak pon. Malam tadi aku call dia tanya kabar. Rupa-rupanya
dia tak kawen lagi. Demm!! Aku tertipu rupanya! Sebab tu la bila aku cakap nak
call member aku tu, dia macam tak bagi aku call je. Sebab bila aku call, dia
dah tak pndai nak tipu lagi.
Lepas tu aku pun
sembang-sembang la dengan member aku ni. Dia bagitahu aku yang seorang member
aku yang sama sekolah dengan kitorang ni dah kawen masa bulan Februari tahun
ni. Aku dah taknak caya dah apa yang dia cakap. Dia suruh aku tengok kat
facebook member aku tu. Kalau aku tak percaya jugak, dia suruh aku tengok kat
blog member aku tu. Bila aku bukak blog member aku tu, betul la yang dia dah
kahwin....kat Mesir. Aku sangat terharu bila tengok gambar kahwin diorang. Lagi
terharu bila diorang buat solat sunat lepas akad nikah.
Selamat
pengantin baru kepada Syaidatul
Syakila Binti Aini dan suami. Semoga jodoh kalian panjang hingga ke Syurga. Study rajin-rajin. Semoga impianmu untuk menjadi seorang doktor tercapai. Amin.. Hurm, dengar kabar dia tengah pregnant sekarang..
Syakila Binti Aini dan suami. Semoga jodoh kalian panjang hingga ke Syurga. Study rajin-rajin. Semoga impianmu untuk menjadi seorang doktor tercapai. Amin.. Hurm, dengar kabar dia tengah pregnant sekarang..
Bila cerita pasal kahwin ni,
semua orang ada keinginan untuk berkahwin. Mula-mula, aku ingat perkahwinan ni best dan sweet.
Tapi sebenarnya perkahwinan ni merupakan satu tanggungjawab yang berat dan
wajib dipikul oleh setiap pasangan yang berkahwin. Perkahwinan adalah ibadah
sebab ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang selari dengan
kehendak dan fitrah manusia.
Berkahwin bukan hanya untuk
malam pertama, tapi untuk malam-malam hari-hari seterusnya. Apabila kita dah
melalui alam perkahwinan, kita sebenarnya memikul satu amanah dan yang angat
besar. Amanah untuk mendidik pasangan, amanah untuk mendidik anak-anak, dan
amanah untuk menjadi hamba yang diredhaiNya.
Kadangkala kita selalu cakap
“bila la aku nak kawen..” dan ayat-ayat yang seumpama dengannya. Tapi adakah
kita sedar diri kita ni sebenarnya dah betul-betul bersedia ke untuk melalui
sebuah perkahwinan itu? Persediaan bukan selepas kita berkahwin sahaja, tetapi
sebelum kita berkahwin lagi. Persediaan daripada semua aspek. Memang la
biasanya orang akan fikir yang persediaan sebelum berkahwin mestilah dari segi
duit, kerja, rumah, kereta or whatever.
Tapi kebanyakan orang lupa bahawa persediaan yang paling penting adalah
persediaan diri kita sendiri dalam aspek ilmu dan pentarbiahan diri. Belajar
untuk melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu agama agar kita dapat mendidik
isteri dan anak-anak, persediaan untuk menjadi isteri atau suami yang
soleh/solehah, mentarbiah diri agar boleh menjadi sayap kiri yang melengkapkan
perjuangan si ketua keluarga dan membantu jalan dakwahnya, bersedia untuk
menerima zuriat dan perlu bersedia untuk mendidik mereka agar mereka membesar
dalam keadaan mengenal Allah s.w.t. Kebanyakan orang lupa akan benda-benda ni
semua (termasuk aku).
Kalau ada orang tanya sama ada
aku nak kahwin ke tak, kompom la aku akan jawab nak. Tapi bukan dalam waktu
terdekat ni la. Sebab bagi aku, kita perlulah mempersiapkan diri kita terlebih
dahulu sebab untuk mencari 'the right person' kita mestilah berusaha ke arah
untuk menjadi 'the right person' juga. Barulah usaha dan kehendak itu seimbang.
Mungkin insan yang kita pilih itu tidaklah sebaik atau sealim yang kita
inginkan. Tetapi, yakinlah bahawa dialah yang terbaik untuk kita di dunia dan
di syurga, InsyaAllah.
Rasulullah
s.a.w bersabda :
"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu
redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah. Jika kamu tidak laksanakan, akan
menjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas."
(Riwayat Tarmizi).
0 comments:
Post a Comment