Sample Text Link

Wednesday, December 31, 2014
0 comments

YANG SEMPURNAKANKU - BAB 2

1:45 AM
BAB 2

NIA Amanina bangun dari tidurnya. Terpisat-pisat dia membuka mata sambil tangannya meraba-raba mencari telefon bimbit di atas meja. Dia terus terbangun apabila melihat jam di telefon bimbitnya yang sudah hampir pukul 8 pagi.
‘Alamak! Lambat la aku pergi office hari ni’ desis hatinya. Dia lantas bangun dari katil dan mencapai tuala menuju ke bilik air. Dia harus bersiap cepat kerana tidak mahu sampai ke pejabat lambat. Dia tidak mahu rekod kerjanya buruk kerana dia baru sahaja bekerja selama dua bulan.
Setelah selesai mandi, Nia Amanina lantas mendail nombor telefon Idlan. Dia berharap agar lelaki itu dapat menghantarnya ke pejabat.
‘Tak bangun lagi ke dia ni?’ desis Nia Amanina setelah panggilannya tidak berangkat. Dia cuba membuat panggilan sekali lagi. Namun panggilannya masih lagi tidak berangkat. “Ish, dah la area ni susah nak dapat teksi.” Nia Amanina mengeluh. Dia lantas bersiap dan berkira-kira untuk berjalan kaki ke stesen bas.
Nia Amanina berjalan kaki keluar dari kawasan perumahannya untuk ke jalan besar. Ketika dia berjalan pantas, tiba-tiba tumit kasut kaki kanannya patah.
Aduh! Kenapalah kasut ni buat hal pulak? Dah la aku lambat nak pergi kerja, ni tumit pulak patah. Hish! Apalah nasib aku hari ni. Keluh Nia Amanina setelah dia melihat tumit kasutnya yang patah. Nak tak nak dia terpaksa juga berjalan kaki ayam sambil memegang kasutnya. Ketika dia hampir sampai ke tempat perhentian teksi, sebuah kereta berhenti berdekatan dengannya.
“Assalamualaikum. Cik nak pergi mana ni?” Tanya seorang lelaki ketika dia melintasi kereta putih itu.
“Saya nak pergi kerja ni” balas Nia Amanina acuh. Dia malas melayan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Lagipun dia memang sudah lewat untuk ke tempat kerja.
“Owh. Saya nampak cik jalan kaki ayam tadi, tu yang saya berhenti. Nak saya tumpangkan tak?” Tanya lelaki itu.
Ish mamat ni. Malu aku dia cakap aku jalan kaki ayam je.
“Tumit kasut saya ni tiba-tiba patah pulak” balas Nia Amanina menahan malu.
          “Tak apalah. Saya boleh tunggu teksi” sambung Nia Amanina lagi. Lelaki itu lantas melihat jam tangannya.
“Kalau nak tunggu teksi lagi lambat la nak sampai office. Tak apa lah, saya hantarkan cik” pelawa lelaki itu.
“Tak apa ke? Tak menyusahkan awak ke?” Tanya Nia Amanina. Dia serba salah untuk menerima pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Risau juga kalau lelaki itu ada niat yang tidak baik terhadapnya. Zaman sekarang ni, macam-macam boleh berlaku.
“Tak susah pun. Masuk lah. Ke nak saya bukakan pintu kereta?” seloroh lelaki itu. Merah muka Nia Amanina apabila lelaki itu berkata begitu. Nia Amanina lantas membuka pintu kereta dan duduk bersebelahan lelaki itu. Kereta itu pun bergerak.
“Saya Adam Lutfi. Cik kerja kat mana?” Adam Lutfi cuba menghilangkan ketidakselesaan Nia Amanina. Dia tahu gadia itu tidak selesa di dalam keretanya.
“Saya Nia Amanina. Panggil Nia je. Saya kerja kat AZ Architecture. Dekat dengan bangunan Wisma Teguh.” Balas Nia Amanina sambil tersenyum. Dia mengerling ke arah lelaki itu.
“Owh. Nia memang tinggal kat sini ke?” Tanya Adam Lutfi. Selama dia tinggal di taman perumahannya , dia tidak pernah melihat gadis itu.
“Saya tinggal kat apartment dekat dengan taman perumahan ni. Lagipun saya baru je habis belajar” terang Nia Amanina dengan senyuman yang manis.
“Patut lah tak pernah nampak. Tinggal dengan family?” Adam Lutfi meneka.
Nia Amanina serba salah untuk menjawab pertanyaan lelaki itu. Rumah yang dia duduk itu sebenarnya kepunyaan Idlan. Sewaktu dia mendapat kerja di Kuala Lumpur, Idlan yang menyuruhnya untuk tinggal di apartment itu memandangkan Nia Amanina ketika itu tiada tempat tinggal. Apartment itu sebenarnya rumah sewa Idlan. Setelah Nia Amanina tinggal di situ, Idlan tinggal semula dengan keluarganya. Selalu juga Idlan datang ke rumah Nia Amanina dan pernah juga dia tidur di apartment itu. Sebenarnya Nia Amanina serba salah apabila Idlan kerap berkunjung ke apartment itu memandangkan dia dan Idlan tiada apa-apa ikatan. Namun apakan daya, itu bukanlah rumahnya dan dia tiada hak untuk menghalang lelaki itu.
“Awak” Panggilan Adam Lutfi mematikan lamunan Nia Amanina.
“Eh, tak lah. Saya tinggal sorang je” Nia Amanina menjawab soalan lelaki itu yang sedari tadi bertanya.
“Mengelamun ingat pakwe ke?” Adam Lutfi berseloroh. Tangannya masih lagi memegang stereng kereta.
“Mana ada” Nia Amanina sedaya upaya menyembunyikan perasaan malunya.Nia Amanina sempat mengerling ke arah Adam Lutfi. Dia melihat lelaki itu tersenyum kecil mendengar jawapannya. Kereta itu terus meluncur laju.

***************************

“OK, dah sampai.” Adam Lutfi memberhentikan keretanya di hadapan bangunan Wisma Teguh.
“Terima kasih awak” balas Nia amanina lantas membuka pintu kereta.
“Takkan nak berkaki ayam masuk office?” Tanya Adam Lutfi sambil tersenyum.
“Err. Tak pe. Kejap je ni. Dekat office, saya ada selipar” balas Nia Amanina menahan malu. Aduhai, macam mana la aku boleh terlupa yang kasut aku ni dah patah tumitnya. Desis Nia Amanina dalam hati.
“Jap.” Adam Lutfi membengkokkan badannya ke arah bawah seat belakang seperti mencari sesuatu.
“Nah. Awak pakai la selipar ni. Besar sikit rasanya. Pakai la sementara awak nak berjalan sampai office awak” Adam Lutfi memberikan seliparnya yang diambilnya dari bawah seat belakang kepada Nia Amanina.
“Hah?” Nia Amanina menelan air liurnya. Besar sikit dia cakap? Ni bukan besar sikit. Ni besar banyak! Dengan perlahan Nia Amanina  terpaksa mengambil juga selipar dari tangan lelaki itu dan disarungkan ke kakinya.
“Encik Adam, terima kasih sangat-sangat sebab tolong saya hari ni” ucap Nia Amanina dengan perasaan bersalah kerana menyusahkan lelaki itu. Terlihat seulas lesung pipit di pipi kanan gadis itu.
“Eh, panggil Adam je. It’s ok awak. Hari ni awak susah, saya tolong. Mana la tahu, esok lusa pulak saya yang susah ke, awak pulak tolong” balas Adam Lutfi seraya senyum.
“Saya pergi dulu ye” Nia Amanina lantas berjalan menuju ke pintu masuk bangunan itu. Adam Lutfi terus menekan minyak kereta. Kereta itu terus meluncur laju.

*******************

“NIA. What the..” Maria berdiri tegak melihat penampilan kawannya itu. Pakaian dah lawa dah, tapi takkan lah kawan aku ni pakai selipar besar kot?! Desis Maria dalam hati.
“Jangan pandang aku macam tu boleh tak?” tegur Nia Amanina sambil meletakkan handbagnya di atas meja.
“Tumit kasut aku patah masa aku nak datang office tadi. Nasib baiklah ada mamat tu tolong aku” sambung Nia Amanina setelah dia duduk di kerusinya. Dia mengambil seliparnya di bawah meja dan menyarung ke kakinya. Selipar lelaki itu kemudian diletakkan di sudut kiri bawah mejanya.
“Fuyoo. Hensome tak mamat tu?” Tanya Maria ingin tahu.
“Kau ni tak habis-habis dengan hensome” balas Nia Amanina lantas menepuk bahu kawannya itu.
“Mana boyfriend kau? Bukan ke dia yang selalu hantar kau pergi kerja?” Tanya Maria lagi.
“Tu yang aku geram. Dah la aku terbangun lambat pagi tadi. Lepas tu aku call dia banyak kali. Tak angkat-angkat” Omel Nia Amanina geram. Maria hanya tergelak melihat Nia Amanina membebel. Walaupun Nia Amanina baru bekerja di tempat itu, dia senang dengan sika Nia Amanina. Gadis itu memang ceria orangnya.
“Nasib kau la, Nia. Ok gak tu, dapat jugak jumpa mamat hensome. Siap bagi pinjam selipar pulak tu” Maria mengusik rakannya itu. Maria menjungkit sebelah keningnya.
“Kau ni kan” pintas Nia amanina. Maria yang sedari tadi asyik tergelak terus mematikan tawanya ketika dia melihat bosnya berjalan menuju ke arah mereka.
“Nia” Nia Amanina mendongak ketika mendengar suara garau memanggil namanya. Datuk Hassan, lelaki separuh abad yang merupakan majikannya telahpun berdiri di depan mejanya. Nia Amanina lantas berdiri sebagai tanda hormat kepada majikannya.
“Datuk, sorry saya datang lambat. Ada emergency tadi” dalih Nia Amanina.
“Masuk bilik saya” arah majikannya.
“Sekarang” keras nada lelaki itu. Lelaki separuh abad itu lantas berjalan menuju ke biliknya semula.
“Maria, angin bos ok tak pagi ni?” Tanya Nia Amanina kepada kawannya. Dia berasa cuak juga kerana inilah kali pertama dia datang lambat ke pejabat. Dia melihat jam di tangan kirinya yang sudah menunjukkan pukul 10.
“Ok kot. Eh, ko pergi la sekarang” arah Maria. Nia Amanina mengemaskan bajunya dan berjalan menuju ke bilik majikannya.

“Duduk” Arah Datuk Hassan kepada Nia Amanina ketika di dalam biliknya.
“Ada apa ye datuk panggil saya?” Tanya Nia Amanina. Datuk Hassan memberikan satu fail kepada Nia Amanina.
“Awak tengok plan ni. Saya nak reka bentuk yang berkonsepkan seni bina islam. Bukan yang macam awak buat ni” tegas kata-kata yang keluar dari mulut majikannya.
Nia lantas membuka fail yang mengandungi kertas plan rekaaannya yang disiapkan semalam. Dia melihat segenap inci lukisan plannya. Ok je rekaan aku. Bumbung dah berkubah. Interior aku dah ubah kepada bentuk yang dia mintak. Apa lagi la yang bos aku nak. Desis hati Nia Amanina.
“Saya bagi masa awak sampai minggu depan untuk siapkan plan projek ni. Awak boleh keluar sekarang” arah Datuk Hassan.
“Baiklah Datuk” ucap Nia Amanina lantas berjalan keluar dari pejabat majikannya.
Sampai sahaja Nia Amanina di mejanya, Maria yang duduk bersebelahan dengan mejanya lantas menyapa.
“Eh, bos nak apa?” Tanya Maria ingin tahu.
“Bos suruh aku siapkan plan ni. Penat je aku stay back semalam. Alih-alih kena reject pulak.” Omel Nia Amanina lantas meletakkan fail itu di atas mejanya.
“Hehe. Sabar je lah. Bos tu memang macam tu. Lama-lama nanti ko biasa la dengan bos tu” pujuk Maria. Dia yang sudah 3 tahun bekerja di situ sudah masak dengan perangai majikannya yang tegas dan perfectionist. Nia Amanina hanya mampu menghela nafas.

************************

DERINGAN telefon bimbit mematikan tugasan Nia Amanina yang sedari tadi leka membuat kerja. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
Hello” Nia Amanina memulakan perbualan.
“Hai, sayang. You call I pagi tadi ek? Sorry, I tak sedar.” Pujuk Idlan di hujung talian.
“Dah nak balik dah ni baru you ingat nak call I?” Tanya Nia Amanina seolah-olah merajuk. Dia melihat jam di tangan kirinya yang sudah pun menginjak ke pukul 4 petang.
“Jangan la marah. I ambik you nanti kat office ye sayang. Lepas tu I bawak you pergi shopping” pujuk Idlan lagi. Dia jarang melihat gadis itu merajuk. Tapi, sekali gadis itu merajuk, susah hendak memujuknya.
“Tak nak lah. I tak ada mood. Sebab you la, I terpaksa jalan kaki nak tunggu teksi sampai tumit kasut I patah” balas Nia Amanina acuh.
“La, ye ke. I’m so sorry sayang. Pagi tagi I tak sedar pun you call. Ok, lepas you habis kerja I bawak you pergi beli kasut baru ye. I belanja.” Idlan cuba memujuk lagi.
“Betul you nak belikan I kasut?” Nia Amanina bertanya untuk kepastian.
“Betul sayang. Kita pergi beli kasut. Lepas tu I ingat nak lepak kat rumah you malam ni” jawab Idlan.
“Ok” jawab Nia Amanina sepatah. Dia sebenarnya serba-salah untuk membenarkan Idlan ke rumahnya itu walaupun rumah itu kepunyaan Idlan.
“Tapi you tak tidur kat apartment kan?” teka Nia Amanina.
I memang nak tidur kat sana malam ni. Mama I dah bising-bising suruh I kahwin. Malas nak dengar dia membebel.” Jawab Idlan. Nia Amanina hanya mengeluh perlahan. Dia bukan tidak kenal Idlan. Dia mengenali Idlan ketika di kampus lagi. Seorang yang panas baran dan tidak suka dirinya dikongkong. Sekiranya ada yang tidak kena, cepat betul lelaki itu naik angin. Namun semenjak dia berkasih dengan lelaki itu, sikap Idlan sudah berubah sedikit-sedikit. Dia tidak pernah menyakiti apatah lagi memukulnya.

“Jumpa petang ni ye sayang. I love you” Idlan mematikan talian. Nia Amanina menghela nafas. Dia lantas menyambung kerjanya semula.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top