Sample Text Link

Wednesday, December 31, 2014
0 comments

YANG SEMPURNAKANKU - BAB 1

1:40 AM
BAB 1

“HAI youSorry I lambat sikit.” Ucap Nia Amanina sejurus masuk ke dalam kereta Honda Civic milik Idlan. Dia terpaksa keluar lambat dari pejabatnya kerana menyiapkan kerja  yang tertangguh setelah seminggu dia outstation.
It’s ok, sayang” Balas Idlan senyum. Tangannya lantas menyentuh pipi mulus milik Nia Amanina. Idlan lantas menekan minyak dan keluar dari tempat letak kenderaan.
So, kita nak pergi mana sekarang?” Tanya Nia Amanina.
“Erm, I rindu you, sayang. Boleh tak kalau you teman I pergi Zouk?” Tanya Idlan. Tangannya memegang jemari Nia Amanina.
“Id, I bukan tak nak pergi. Tapi I penat la hari ni” Nia Amanina seakan-akan menolak pelawaan lelaki itu. Dia sememangnya tidak gemar untuk pergi ke tempat-tempat seperti itu. Seingatnya, kali terakhir dia pergi pun sebulan yang lalu. Itupun setelah Idlan puas memujuk.
“Sayang, please. Temankan I” pujuk Idlan sambil tangannya nakal mengusap peha Nia Amanina yang memakai seluar slack.
I penat la Id. Next time ye. I nak balik rumah” elak Nia Amanina.
“Ok lah” balas Idlan sepatah. Nia Amanina memandang Idlan dari ekor matanya. Dia tahu lelaki itu sudah tiada mood selepas ajakannya ditolak. Ketika di dalam kereta, Nia Amanina hanya mendiamkan diri. Dia malas hendak memujuk lelaki itu. Walaupun tangannya masih dalam genggaman lelaki itu, dia hanya membiarkan sahaja.
“Ok sayang, dah sampai.” Ucap Idlan setelah kereta yang dipandunya telah berada di depan pintu pagar rumah Nia Amanina.
Thanks Id. You marah I ke?” Tanya Nia Amanina.
“Tak marah dah” balas Idlan lantas mencium pipi buah hatinya itu. Tangannya meliar mengusap pipi Nia Amanina. Bagi Idlan, dia bangga dapat menjadikan Nia Amanina sebagai kekasihnya. Nia Amanina. Nama seindah wajahnya yang cantik. Dia mengenali gadis itu ketika belajar di kampus. Nia Amanina memang cantik walaupun tanpa sebarang make up. Bukan senang mahu mendapatkan gadis itu. Sudah bermacam-macam cara dilakukan untuk mencairkan hati Nia Amanina. Mungkin disebabkan kesungguhannya, Nia Amanina mula menerimanya.
 “Ok lah. Kita jumpa esok ye. I love you” ucap Nia Amanina sejurus membuka pintu kereta.

**********************

NIA Amanina keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia lantas duduk di birai katil. Ingatannya melayang pada peristiwa petang tadi. Tangan kanannya lantas menyentuh pipi kanannya yang dikucup oleh Idlan. Dia tersenyum tawar.
Semenjak dia menjadi kekasih Idlan, baru dia tahu bahawa Idlan seorang yang sosial. Lelaki itu tanpa segan silu memegang tangannya di tempat awam ketika berjalan, memegang pinggangnya dan memeluknya sesuka hati. Namun disebabkan sayangnya pada Idlan, dia hanya membiarkan perbuatan lelaki itu. Lama-kelamaan, dia sudah lali dan semakin rasa disayangi.
Deringan telefon mematikan lamunan Nia Amanina. Dia lantas berjalan menuju ke meja di tepi kepala katil dan mengangkat panggilan tersebut.
“Hai sayang” Ucap suara dihujung talian.
“Hai Id. Sorry pasal petang tadi” balas Nia Amanina.
You datang bulan ke?” seloroh Idlan. Nia Amanina mendengar suara ketawa di hujung talian. Amboi, bukan main suka lagi nampak! Desis hatinya.
“Tak lah. Maybe sebab I penat kot. Tu yang I jadi macam tu” balas Nia Amanina lembut.
“Hehe. Nia, malam ni kita keluar jom. I rindu you tau tak. Dah la you outstation seminggu” ajak Idlan.
“Ok, tapi tak nak pergi Zouk. Kita tengok wayang nak?” balas Nia Amanina.
“Ok sayang. I ambik you pukul lapan ye. Pakai lawa-lawa tau” pinta Idlan di hujung talian. Nia Amanina tersenyum.
“Owh, selama ni I pakai tak lawa la ye?” balas Nia Amanina dengan nada yang sengaja merajuk.
“Eh, taklah. You pakai apa-apa pun lawa la, sayang. Tapi kalau you tak pakai apa-apa lagi lawa” seloroh Idlan sambil ketawa.
You!!! Dah la. I nak siap ni. I love you” balas Nia Amanina lantas mematikan talian. Dia terus menuju ke almari pakaiannya dan memilih baju yang sesuai untuk keluar bersama Idlan.
Nia Amanina mengenakan body t-shirt merah dan cardigan kelabu. Dia melihat penampilannya di cermin. Rambutnya yang lurus separas bahu dibiarkan lepas. Bibirnya yang merah dicalit lipstick nipis. Memang itu yang menjadi kebiasaannya kerana dia tidak suka untuk bersolek tebal. Nia Amanina kemudian keluar dari biliknya apabila mendengar bunyi hon kereta di luar rumah.
Ketika sampai di panggung wayang, mereka terus membeli tiket cerita Iron Man. Memang itu cerita yang dinanti-nantikan oleh Nia Amanina. Dia tidak suka untuk menonton cerita yang jiwang-jiwang kerana itu bukanlah jiwanya.
You nak popcorn tak?” Tanya Idlan yang sedari tadi memegang pinggang gadis itu.
“Boleh jugak. I nak air pepsi ye. Cepat sikit tau. Movie dah nak start ni” balas Nia Amanina. Idlan berjalan menuju ke kaunter makanan sementara Nia Amanina menunggu di satu sudut.
“Nia, I nak pergi toilet. You masuk dulu ye.” Arah Idlan.
“Ok. Bagi I popcorn tu. Tak kan la you nak masuk toilet dengan poporn tu kot” seloroh Nia Amanina. Idlan lantas memberikan popcorn dan pepsi yang dipegangnya kepada Nia Amanina.
Setelah itu, Nia Amanina pun masuk ke dalam panggung wayang. Ketika dia mencari kerusi yang tertera pada tiket wayang tersebut, dia tanpa sengaja tersadung kaki lelaki yang telah duduk di kerusi sebaris dengan kerusinya menyebabkan air dan popcorn yang dipegang oleh Nia Amanina tertumpah ke atas peha lelaki itu. Lelaki itu lantas bangun apabila seluar jeans dan bahagian bawah bajunya basah.
 “Awak ni, mata letak mana? Habis tumpah kat baju aku” Marah lelaki itu.
“Alamak! Sorry. I tak sengaja” Nia Amanina berasa bersalah dengan kecuaiannya. Lelaki itu merengus dan terus keluar. Nia Amanina lantas duduk di kerusi yang hanya selang beberapa kerusi dari tempat tadi. Malu rasanya mengingatkan kejadian tadi. Dah la dalam panggung tu ramai orang.

***********************

BUNYI deringan telefon Samsung S3 dari dalam poket seluar Adam Lutfi mematikan basuhannya pada baju dan seluar yang terkena tumpahan minuman ketika dalam panggung wayang tadi. Niatnya untuk menonton cerita kegemarannya terbantut apabila seorang gadis tertumpah air minuman pada bajunya.
“Assalamualaikum, ma”
“Wa’alaikumsalam. Adam balik lambat ke malam ni?” Tanya suara di hujung talian.
“Kejap lagi Adam balik. Cadang nak tengok wayang tapi tak jadi la” jawab Adam Lutfi sambil melihat jam di tangan kirinya.
“Adam keluar dengan siapa?” Tanya Puan Jasmin kerana ketika anak lelakinya itu keluar, dia sudah pun pergi ke masjid.
“Kuar dengan Zack, ma. Kenapa mama call?” Tanya Adam lutfi.
“Pak Long kamu call tadi. Katanya mak long masuk hospital. Terjatuh dalam bilik air. Mama ingat nak ajak Adam pergi tengok mak long kamu tu kat hospital” jawab Puan Jasmin. Kedengaran nada resah melalui bicaranya.
“Mama risau la” sambung Puan Jasmin lagi.
“InsyaAllah Mak Long tak ada apa-apa. Nanti Adam bagitau Zack” balas Adam Lutfi.
“Tak apa ke Adam tinggalkan Zack sorang-sorang tengok wayang tu?” Tanya Puan Jasmin.
“Ala, awek dia ada. Tak ada hal lah, mama” jawab Adam Lutfi sambil membetulkan rambutnya.
“Tak apa lah kalau macam tu. Adam ambik mama dekat masjid ye. Mama baru lepas habis kuliah ni” Puan Jasmin memang selalu ke masjid untuk solat maghrib dan Isyak. Itulah rutin hariannya setelah arwah suaminya meninggal dunia tahun lepas.
“Ok. Adam gerak sekarang” balas Adam Lutfi lantas mematikan panggilan. Dia terus menghantar mesej kepada Zack dan kemudian keluar dari tandas. Dia pantas berjalan menuju ke tempat letak kenderaan di tingkat bawah bangunan KLCC.
Ketika Adam Lutfi tiba di perkarangan masjid berdekatan dengan kawasan perumahannya, dia melihat ibunya sudah pun menunggu di serambi masjid.
“Mama, jom” Adam Lutfi memanggil ibunya. Puan Jasmin lantas berjalan menuju ke arah kereta Proton Preve putih milik anak lelakinya itu. Adam Lutfi terus bergerak menuju ke hospital.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top