Sample Text Link

Saturday, April 2, 2011
0 comments

Kalau Jodoh Tak Ke Mana

8:30 PM

“kalau ada jodoh tak kan ke mana” 

Ayat itulah yang selalu aku dengar. Ya, memang betul yang jodoh, rezeki dan mati dah ditentukan. Tak boleh diubah. Tapi bagi aku jodoh perlu usaha. Tanpa usaha, kita tak kan dapat jodoh kita. Sama jugak dengan rezeki. Orang selalu cakap “rezeki ada kat mana-mana je”. Rezeki tak kan jatuh bergolek kalau kita duduk diam tanpa buat apa-apa. Betul tak? Benda ni lebih kurang sama je. 

Bagi aku orang yang cakap “kalau jodoh tak ke mana” dan tak ada usaha nak dapatkan jodoh dia ni macam loser je. Hahaha. No offend k. Cuba bayangkan, kita mengharapkan jodoh kita. Tapi kita takut untuk bercinta atas alasan takut tak kekal, takut lelaki tu mainkan kita, takut awek tu social la dan bla bla bla. Come on la. Bencinta ni satu konsep pembelajaran tau. It’s ok kalau hubungan tu putus kat tengah jalan. Sekurang-kurangnya kita pernah rasa perasaan tu. Ni kalau tak nak mencuba macam mana nak tau dia tu jodoh kita ataupun tak. Andai kata sebenarnya jodoh korang kat oversea. Pergh, nak yang jauh-jauh. Hahaha. Ok2, andai kata jodoh korang tu tinggal kat oversea.  Macam lagu Isabela. Terpisah antara dua benua. Korang yang dekat Malaysia ni dok tunggu jodoh korang. At least korang try la usha awek-awek comel. Ni tak. Malu la, segan la, tak ada masa la and so on

Bila korang dah suka kat perempuan tu, korang usaha la nak tackle dia. Lepas dah kapel tapi jodoh tak panjang, mesti la korang akan frust menonggeng kan. Then, korang kan loaded. Korang pon bawak la hati yang lara ni pergi oversea. Nak lupakan kenangan dulu. Then, kat sana korang bertemu dengan jodoh korang. The end. See, kalau korang tak bercinta dan tak putus macam mana korang nak bawak diri pergi oversea dan terjumpa dengan jodoh korang? Hahahaha… it’s just a theory yang aku fikir bahawa jodoh tu tak kan datang kalau kita tak berusaha untuk mencarinya. Ada yang cakap “aku tiap-tiap hari lepas sembahyang berdoa supaya Tuhan temukan aku dengan jodoh aku. Usaha jugak la tu”. No. Itu bukan usaha. Itu tawakal namanya. Doa perlulah diiringi dengan usaha. Doa adalah simbol kita berserah diri setelah kita berusaha terhadap sesuatu.


So, kepada siapa-siapa yang masih single silalah berkapel. Haha. Ok, tak. Siapa-siapa yang masih single tu cuba-cubalah melakukan aktiviti yang melibatkan pergaulan dengan orang ramai. Jangan segan-segan. Manalah tahu antara mereka itu adalah jodoh anda. Kepada yang dah berkapel pulak, jangan nak gatal-gatal usaha cari yang lain. Tu cari bala namanya.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top